Pages

Tuesday, June 16, 2015

IFTAR TREATS - MALAYSIA'S KUIH KOCI


Katanya Kuih Koci makanan orang tak ada gigi..ha..ha..tapi yang sukannya pula orang yang ada gigi...mungkin ini ibarat kata kerana kuih ini memang lembut. Di bulan Ramadan ini pasti kuih ini menjadi pilihan, lembut dan mudah menyediakan dan trending sekarang ialah koci pulut hitam. 

Favourite saya dan pastiny saya suka meletak dadih kelapa lebih.





Kuih Koci Pulut Hitam


  • 2 cawan tpg pulut
  • 2 sudu beras pulut hitam dikisar halus dan di ayak...
  • sedikit garam
  • 1 cawan air (masukkan sikit2 shingga doh tak lekat tangan)


Cara Menyediakannya
Tpg pulut dan beras pulut hitam serta garam di aduk sebati kemudian curah air sedikit demi sedikit..doh tak lekat kat tangan

Inti kelapa manis
  • 1 biji kelapa parut 
  • 1 ketul gula melaka
  • 3/4 cwn gula pasir
  • 1 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn sedikit air 
  • daun pandan disimpul

Caranya
  1. Masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir daun pandan dgn sedikit air..masak sehingga gula melaka hancur...kemudian tapis..
  2. Masukkan kelapa parut tadi..kalau takde kelapa parut masak sekejap atas dapur..agak2 dah kering masukkan bancuhan tepung gandum tadi..masak sehingga ia lembap2 ..kemudian sejukkan
  3. Bulat2kan inti tersebut
  4. Daun pisang dilayur atas api... saiz dia 5inci X 5 inci 

 Dadih santan 

  • 2 sudu besar tpg beras
  • 2 cawan santan pekat
  • sedikit garam

Campurkan tepungg beras dalam santan pekat..kacau sebati dan masukkan garam...masak adunan ni sehingga pekat... ketepikan

Caranya
  1. Masakkan air rebusan dalam satu periuk tuk masak kuih koci ni
  2. Ambil sedikit adunan tpg pulut tadi..sebesar onde2 tu... bulatkan kemudian leperkan masukkan inti , tutup dan bulatkan kembali
  3. Letak atas daun pisang curah dadih santan, lipat dan kukus selama 15 - 20 minit.


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...