Ini memang favourite saya, kalau udah makan memang tak toleh depan belakang. Renyah sedikit menyediakanya tetapi memang berbaloi...ha..ha..siap berulang-ulang lagi. Untuk resipi ini saya masukkan isi udang yang direbus dan juga kurau masin yang dikisar. Rasanya resipi original laksa johor memang menggunakan dua bahan ini.
Kuahnya biasanya pekat so kena pandai adjust air rebusan ikan. Ulam-ulamanya lebih kurang sama dengan laksa lain cuma agak unik sedikit cara timun dipotong agak berlainan, taugeh pula sesuai dibiarkan mentah manakala aroma menarik laksa johor ini ialah daun selasih.
Untuk tambah mantop sambal belacan dan perahan limau kasturi...perghhh
Laksa Johor Special
1 paket
spaghetti
1kg ikan
sardin/selayang
¾ cawan
rempah kari ikan Babas
½ cawan cili
kering yg dikisar
100 g ikan kurau kering digoreng dan dikisar
200 g udang hidup direbus dan dikisar (kulit udang dikisar asing)
2 cawan
santan pekat
3 cawan air
½ cawan
minyak masak
1 sudu besar
kerisik
Garam
Serbuk
perasa
Bahan kisar:
5 batang
serai
2 inci halia
2 inci
lengkuas
5 biji
bawang besar
Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun
kesum/daun selasih
Kacang
panjang
Limau kasturi
Bawang besar
Cara cara:
- Ikan dibersihkan pastu rebus. Air rebusan simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.
- Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan tumis pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan tumis lagi kira-kira lima minit.
- Pastu masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan dan isi udang yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air rebusan ikan dan udang, masukkan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan ikan kering dan kerisik.
- Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang disukai.
Spaghetti:
Masak air
dalam periuk. Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila telah mendidih, masukkan
spaghetti dan rebus sehingga rasa dah kenyal, tapis dan siram air sejuk
sehingga hilang panasnya atau cuci bawah air paip. Tos air nya dan tuang
sedikit minyak supaya tak melekat.
Ulam ulam:
Ulam Laksa
Johor ialah timun, taugeh, bawang besar diracik bulat bulat halus, daun selasih
atau daun kesum, limau kasturi dan lobak asin. Kalau suka makan selasih boleh
bubuh.
Sambal
belacan:
Cili kering / cili hidup
Belacan
bakar
Tumbuk cili
bersama belacan bakar sehingga lumat.
Cara
menghidang;
Bubuh
spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan curahkan kuah. perah limau
kasturi dan makan dengan sambal belacan.
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You
No comments:
Post a Comment