Pages

Saturday, February 11, 2017

KASWI SURABAYA


Kue Kaswi Surabaya adalah inspirasi dari kek lapis Surabaya yang mempunyai dwi warna iaitu kuning dan cokolat. Resipi ini ada resipi kue kaswi biasa yang saya jadikan dua adunan satu adunan saya masak dengan gula putih dan warnakanya kuning dan satu lagi saya masak dengan gula merah. Dua adunan ini dilapiskan makanya namanya menjadi Kaswi Surabaya. 

Boleh dikukus menggunakan loyang biasa, tetapi lebih cantik jika diguna acuan lompang, senang diurus, Biasanya kue kaswi ini enak dimakan bersama kelapa parut







Kaswi Surabaya


  • 1 1/3 cawan tepung gandum
  • 1 1/3 cawan tepung ubi
  • 5 cawan air  
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula merah
  • Sedikit kicap pekat manis 
  • 2 helai daun pndan
  • 1 sudu teh kapur makan


  1. Masak gula pasir dan gula merah bersama air dan daun pandan yang telah di simpul
  2. Masak sampai gula laur dan air didih
  3. Bila dah didih biarkan suam , kemudian baru sukat dapatkan 5 cawan. Kalau tak cukup tambahkan sedikit air suam
  4. Satukan tepung ubi dan tepung gandum dalam bekas, tuangkan air gula dan gaul rata.
  5. Letakkan kapur dan kicap
  6. Gaul rata dan kemudian di tapis
  7. Tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu minyak masak 
  8. Kukus lapian pertama selama 5 minit dan masukkan lapisan kedua kukus lagi sehingga masak
  9. Sejukkan 
  10. Kemudian gaulkan bersama kelapa parut putih yang telah di gaul bersama sedikit garam

Notes


      RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      2 comments:

      Rosdi Eunos said...

      nampak menyelerakan

      Unknown said...

      https//:carabuatduitonline2017.blogspot.com.my

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...