Monday, September 22, 2014

CHEER UP YOUR MONDAY BLUES WITH - BIHUN GORENG KICAP


Bihun ringkas buat sarapan pagi. Jika mempunyai anak-anak yang memulakan persekolahan mereka resipi ini cukup sesuai. Boleh guna ayam, daging, fish ball mahupun udang basah. Sedap dihidangkan bersama cili jeruk hijau.

Bihun Goreng Kicap


  • 1 paket bihun rendam dulu
  • 150 g isi ayam
  • 200 g isi udang hidup
  • 2-3 ikat sawi hijau ( saya guna salad..kebetulan tak ada sawi)
  • 5 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 sdb lada sulah
  • 2 sdb kicap pekat
  • 5 sdb kicap cair
  • 1 cawan air
  • garam dan perasa secukupnya
  • 5 sdb minyak masak


Cara Menyediakannya

  1. Panaskan minyak, goreng ayam dan udang sehingga agak masak
  2. Masukkan bawang putih yang ditumbuk tadi
  3. Biar seketika, masukkan lada sulah, air, kedua-dua kicap tadi, garam dan perasa secukupnya.
  4. Kalau menggunakan sawi masukkan masa ini..
  5. Biar seketika dan masukkan bihun
  6. Kacau rata semoga kicap dan bihun sebati dan sekata
  7. Kalau menggunakan salad masukkan ketika ini supaya salad tidak terlalu lecur
  8. Angkat dan siap dihidang
  9. Bihun ini sedap dihidangkan bersama cili jeruk Hijau.


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...