Sunday, September 14, 2014

APAM NASI


Apam beras ini mudah disediakan tidak perlu perap semalaman..memadai hanya 2-3 jam. Biasanya saya kalau hendak siapkan untuk minum petang, saya akan siapkan bahanya dan perap selepas zohor...by the time asar sudah boleh naikkan kukusan..dan kukus ngam-ngam untuk minum petang..malah kalau hendak dibuat sarapan..molek sekali selepas subuh dan kukus 2-3 jam kemudian untuk sarapan. Warna apam ikut kesukaan masing-masing. 

Resipi ini saya ambil dari blog http://yatiememories.blogspot.com/2013/11/apam-beras-apam-nasi.html, cuma saya ubahkan sedikit dengan memasukkan satu paket ENO..ha..ha..kerana saya ingin melihat rekahan pada apam. Tidak perlu memasukkan ENO jika tidak suka..rasanya tetap sama.




Apam Nasi





  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 1/2cwn gula pasir
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • 1 paket ENO 
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan ENO dan gaul rata biar seketika 10 - 15 minit
  9. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  10. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.
RECIPE SOURCE: http://yatiememories.blogspot.com/2013/11/apam-beras-apam-nasi.html

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 



No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...