Wednesday, September 28, 2016

SERABAI MAMI PATY



Yang pasti setiap kali balik Penang pasti singgah breakfast di Taman Saadon..ha...ha di situ la adanya serabai yang terbaik. Baru ini balik tapi nasib kurang baik, gerai serabai tutup makanya terkulat-kulat kita dibuatnya tetapi nasib baik adik bawa saya ke kedai di Ujung Pasir katanya beli acuan serabai dan buat sendiri. Resipi serabai pun dia tolong googlekan.

Balik KL cari durian dan  buat satu adunan, ahamdulillah sampai juga hajat, dan saya cuma peru belajar untuk control api agar serabai tidak gareng di bawah, insyallah next try


Serabai Kuah Durian

  • 2 cawan tpg beras
  • 3/4 cawan nasi sejuk
  • 1 sudu kecik yis
  • 1/2 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula
  • sedikit garam


1. yis, gula dan sedikit air suam dicampur dlm 1 bekas biarkan selama 5 mnit utk memastikan yis aktif...
2. kisar nasi sejuk dengan 1 cawan air tadi..dah hancur nasi tu
masukkan garam,tepung beras , santan,dan bancuhan yis tadi kacau sebati ..
3. Biarkan selama 2 jam lebih dalam bekas tertutup
4. Panaskan acuan kuih serabai atau dlm pan kecik ke atau dalam acuan kuih bakar..sapu dgn sedikit minyak dalam acuan tersebut...dah betul2 panas acuan tu masukkan adunan dlm acuan... sederhanakan api dapur dan tutup acuan...agak2 dah kering permukaan atas tu menandakan ia dah masak...cungkil guna benda tajam tuk keluarkan kuih dari acuan

Kuah durian

  • 1 keping gula melaka
  • 2 mgkuk santan sederhana pekat
  • durian 2@3 ulas
  • gula jika perlu
  • daun pandan disimpul
  • sedikit garam
  • 1 sudu tpg gandum*
  • sedikit air *
  • * gandum dan air bancuh terlebih dahulu

caranya
  1. gula melaka dan sedikit air ..dimasak dahulu kemudian ditapis tuk membuang bendasing 
  2. masukkan santan, durian, daun pandan, sedikit garam dan bancuhan air gula tadi.. masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau.. jika kurang manis tambah la gula dan masukkan campuran gandum tadi tuk memekatkan kuah ..kacau sentiasa dan sehingga masak..


    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...