Wednesday, September 21, 2016

CARA BERLAUK DAGING


Antara kue Melayu yang menjadi kegemaran saya adalah kue cara berlauk ini....ha ha addictive dan sedar-sedar dah telan beberapa biji. Inti kue cara ini boleh dibuat berbagai cara, boleh guna rempah kari, rempah kurma, mahupun rempah rendang Begitu juga kue ini sesuai untuk ayam, daging atau pun udang. Satu adunan ini boleh menghasilkan 20 biji cara

Sesuai disajikan ebagai minuman petang ataupun buat sarapan pagi




Cara Berlauk Daging

Bahan bahan :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  •   1 sudu kecil minyak sapi
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 cawan air
  • sedikit pewarna kuning


Cara cara :
Adun semua bahan hingga sebati 

Bahan Lauk 

200 gram daging/ayam - dikisar
2 labu bawang besar- racik halus
1'halia ditumbuk bersama bawang putih
3 ulas/biji bawang putih 
1 paket kecilrempah kari
2 tangkai daun kari
garam gula dan perasa secukupnya
sedikit minyak utk menumis

Cara cara

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu
   
2. Kemudian masukkan rempah kari yang digaul bersama halia dan bawang putih Masukkan juga daun kari
   
3. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging   /ayam  masukkan air   secukupnya hingga daging /ayam masak.
4.   Masukkan garam gula dan perasa secukupnya.
Taburan : Bawang goreng, daun sup dan cili besar yg diracik.


Proses masak cara berlauk:

1.  Panaskan acuan cara, dan oles dengan sedikit
   minyak.
2.  Masukkan adunan tepung 90% penuh acuan,
   kemudian masukkan lauk, diikuti bawang goreng,
   daun sup dan cili.
3.  Tutup acuan dengan penutup periuk..tunggu
   1-2 minit, angkat tudung periuk, cungkil intai
   bahagian bawah. Kalau bahagian bawah dah nampak
   sedikit garing makna kuih cara dah masak dan
   boleh la  angkat.

4.  Ulangi proses mencara sehingga adunan habis..

      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.



      No comments:

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...