Tuesday, April 26, 2016

PUCUK PAKU GORENG TOCHO


Masyallah sayur tumis simple sebegini cukup mengasyik....perghh sedap betul meratahnya.

Paling sedap makan dengan nasi panas dan sedikit ikan goreng memang kata orang kalau tak tambah nasi tu tak tahu ler  Resipi yang sama juga boleh digunakan pada sayur kangkong, kacang panjang mahupun kacang botol.

Pucuk Paku Goreng Taucho

  • 2 cekak pucuk paku hijau , disiang, cuci dan toskan
  • 100 g udang
  • 1 paket kecil taucho
  • 1 biji bawang besar dihiris bulat
  • 1 camca besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air


BAHAN-BAHAN Blend 
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 15 biji cili kering
  • 1" belacan
  •  

CARA MEMBUATNYA 
Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar), tumis bahan blend hancur hingga harum, masukkan sos tiram dan udang, kacau rata dan masak sekejap. Tuang sediki air dan biar mendidih.
Masukkan taucho dan hirisan bawang besar, pucuk paku, besarkan api dapur, gaul pantas pucuk paku tadi. Tambah garam secukup rasa, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. 
    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...