Monday, December 21, 2015

PUDDING SEDUT


Buatnya dah lama cuma baru sekarang berkeempatan untuk upload. Puding yang menjadi viral dan sudah tentunya menjadi kegemaran anak2. Saya ebih gemar meletak creamer dari susu, kerana aroma dan rasanya. Sesuatu yang menarik bagi majlis anak2 kecil.


Pudding Sedut

  • 1 sudu teh serbuk agar-agar
  • 1000 ml air
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan susu cair atau susu segar
  • 1 cawan creamer atau coffemate atau susu tepung
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • pewarna makanan
  • esen makanan ~ strawberry paste / emulco , pandan paste / emulco atau lain-lain perisa
 
Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air dan vanilla ke dalam periuk
Kacau rata
Masak atas dapur hingga mendidih
Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di sukai dan letakan perisa
Contoh ~ warna purple dengan perisa blueberry, warna hijau dengan paste pandan, warna kuning dengan pineapple dan pink dengan strawberry

Sediakan botol kaca secukupnya
Anda boleh buat 1 jenis untuk setiap botol atau jenis yang bercampur yang lebih di kenali dengan nama 'paddle pop'
Untuk adunan satu warna atau satu perisa, tuangkan dalam botol dan sejukkan
Untuk adunan paddle pop pula, tuangkan 1 layer warna contoh hijau di bahagian dasar botol dan sejukkan
Bila dia dah mula mengeras, tuangkan pula lapisan yang lain dan lakukan proses yang sama hingga habis semua warna
Sejukkan dalam peti ais dan hidangkan dingin dengan straw

    Notes


    RECIPE SOURCE:  kongsiresipi
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...