Tuesday, December 22, 2015

APAM BEGAWAN SOLO


Terpanggil untuk mencubanya bila ramai kekawan sudah mencuba. Ternyata sedap, terasa masam2 adunan beribu yeast dan manis lemak inti kelapa. Apam ini lebih kurang Coconut Bloonsom yang berinti kelapa. Adunannya juga muai dan berhajat untuk berniaga cukup sesuai sekali



Apam Begawan Solo

Bahan Inti :
  • 130 gram gula merah
  • 30 gram gula pasir
  • 125 ml air
  • 2 helai daun pandan
  • 300 gram kelapa parut putih
  • 1 sb tepung gandum
  • 1/4 sk garam


Caranya :
1. Masakkan gula merah, gula pasir, air dan dayn.pandan sehingga mendidih.
2. Masukkan kelapa parut dan garam, kacau sebati.
3. Apabila hampir kering masukkan tepung gandum, kacau sebentar, angkat dan sejukkan.

Bahan Apam :

*500 gram tepung gandum
*2 st instant yis
*180 gram gula pasir
*250 ml susu cair
*600 ml air
*1/8 st garam
pewarna kuning dan coklat emulco secukupnya

Caranya :

1. Campurkan semua bahan bertanda * dan gaul rata hingga sebati. Bahagikan kepada tiga bahagian.
2. Biar satu bahagian asal, bahagian kedua campurkan dengan pewarna kuning dan satu lagi coklat emulco.
3. Perap adunan selama 40 minit.

Cara menyediakan apam solo.

1. Panaskan air dalam periuk kukusan. Sapu acuan dengan minyak masak rata-rata.
2. Masukkan sedikit adunan apam putih.
3. Isikan inti kelapa.
4. Tutup dengan adunan apam putih.
5. Masukkan adunan apam berwarna kuning dan coklat emulco dan lorekkan.
6. Kukus apam dengan api sederhana selama 15 - 20 minit atau sehingga apam masak.
7. Keluarkan apam acuan bila sejuk sedikit.

** Sukatan ini bileh mendapat lebih 40 biji apam dan amat sesuai untuk berniaga.


All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...