Wednesday, December 30, 2015

EPOK-EPOK SAYUR RANGGUP



Epok-epok sayur atau karipap sayur, biasanya untuk inti sayur lebih sedap memanggil epok-epok...ha..ha..tapi epok2 kurang dikenali disebelah utara tanah air, kalau di Johor memang itulah panggilannya.  

Saya menggunakan resipi dari Mat Gebu untuk kulitnya, ternyata cukup ranggup dan pastinya menjadi keeper. Untuk intinya pula buat cara tumis sayur biasa, tapi hendak merasakan aroma yang enak masukkan sedikit udang kering. Epokepok ini edap dimakan bersama cili sos






Epok-Epok Sayur Ranggup

Untuk Kulitnya
  • 400 gram tepung gandum
  • 2 camca besar marjerin
  • 1/2 cawan minyak masak, dipanaskan
  • 1/2 cawan air ais yang dingin*
  • 1/2 camca teh garam*(*disatukan dan kacau rata)


  1. Masukkan tepung ke dalam bekas, tambah majerin dan kacau hingga mendapat tekstur seakan2 serbuk roti. 
  2. Tuang minyak panas sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul dengan sudu. Kacau rata. 
  3. Tuang sedikit demi sedikit air ais yang dicampur dengan garam tadi. 
  4. Gaul hingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. 
  5. Bulat2kan dan bungkus dengan plastik. Sejukkan dalam peti sejuk selama 2 jam 
Untuk Intinya
  • 300 g taugeh, dibersihkan
  • 1 biji sengkuang kecik, kupas dan racik halus
  • 1 batang lobak merah, kupas dan racik halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • Sedikit daun kucai, dimayang
  • 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
  • 2 biji cili merah ditumbuk
  • 1 camca teh sos tiram
  • Garam dan sedikit gula

  1. Tumbuk kasar udang kering tadi. Cili merah ditumbuk alus bersama bawang putih.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis cili tumbuk dan udang kering hingga harum, masukkan sos tiram, kacau rata dan tambah sengkaung dan lobak merah, kacau rata. 
  3. Tambah taugeh, perisakan dgn garam dan sedikit gula (jika perlu), kacau rata dan matikan api, masukkan hirisan daun sup dan gaul rata. Angkat dan sejukkan.


Untuk Menyediakannya :- 

  1. Ambil sedikit doh (anggaran 35 g), bulatkan dan canai nipis, isikan dengan isiannya cantumkan tepi2 doh dan kelim. Susun dalam dulang. Buat hingga habis. 
  2. Goreng epok2 dalam minyak yang berkepanasan sederhana sehingga kuning keemasan, angkat dan toskan minyaknya. Alih ke atas paper towel, buat hingga siap. 
  3. Hidangkan dengan sos
    Notes


    RECIPE SOURCE:  tifffinbiru
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    2 comments:

    Arani Joe said...

    Di Kg. saya ( Melaka )
    Epok-Epok guna Sos Kuah Kacang ( mcm Kuah Satay )
    Tetapi cairkan sedikit kuah itu....

    Hanya kongsi pendapat..

    adda syuhada said...

    nmpk sdp sgt..

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...