Thursday, December 19, 2013

MELTING CHEESE CAKE.....AKA...KEK CHEESE MELELEH


Kek yang tengah meletop sekarang dan menjadi sumber pendapatan setengah...pihak. Terdapat dua versi..yang kukus dan yang bakar. Saya pilih yang bakar dan resipi saya adaptasikan daripada blog Rahel..nampak mengancam sangat dan banyak sangat diperkatakan..ha..ha..lantas terus mencuba. Kebetulan anak..minta buatkan katanya kekaan di ofis teringin jadi untuk tidak menghampakan saya buatkan. Cara membuatnya lebih kurang snow cheese juga...tapi yang ini menarik sebab dibuat cara dessert..dipack dan masukkan dalam bekas kecil.

Harga di pasaran yang panjang dijual sekitar RM17-20..semua bergantung pada area..manakala yang kecil dijual pada harga RM8. Pada yang hendak berniaga bolehlah..cuba...dan pada Rahel..thanks for the recipe...




Print
Melty Cheese Cake


100g tepung hongkong (kalau takde boleh guna tepung gandum)*
60g tepung jagung*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
75g mentega cair

Cara:
Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.
Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan.
Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.

Untuk Cream:

250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair

Untuk hiasan:

1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

Cara penyediaan:

Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese
di atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek.


© PATYSKITCHEN. All images & content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write 

3 comments:

nanadhoi said...

wah, terima kasih sudi share resipi di sini. :)

kamil salleh said...

Semua ni nampak sedap tapi... lemak byk ni buat kita jadi gemuk la...

Mayang ABDUL RAZAK said...

sedapnya

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...