Pages

Monday, October 14, 2013

YEMEN MANDI RICE / NASI MANDI YEMEN


Meriah kalau anak-anak sudah berkumpul di rumah..lebih-lebih lagi kalau menyambut perayaan. Sebagai seorang ibu apa yang lebih menyenangkan bila berkumpul begini ialah menyiapkan makanan kegemaran anak-anak  terutama anak-anak yang tinggal berjauhan. Memang menjadi naluri seorang ibukan setiap kali makan kita pasti ingatkan anak-anak..so hari ini kira qadar..bagi anak-anak yang tinggal berjauhan..saya masak makanan yang mereka miss. kebetulan esok Hari Arafah..sunat berpuasa...sesuai lah menu ni buat dinner dan sahur malam ni.

Yemen Mandi Rice memang cukup terkenal..biasanya orang akan kaitkan dengan Hadramaut...sebuah perkampungan di Yemen. Dari situlah asalnya nasi ini. Seperti Nasi Ayam Kabsah membuatnya tidak susah..malah sejak saya tahu membuat nasi ini saya lebih gemar memasaknya daripada briyani..kerana ramuanya mudah dan tidak renyah. Kali ini saya bernasib baik kerana ada teman memberikan saya sedikit saffron..jadi nasi dan ayam kali ni nampak lebih cantik warnanya. Susah dan mahal untuk untuk mendapatkan saffron..
Tapi alhamdulillah..rezeki. Teringat saffron ni maka teringatlah pada arwah umi...yang pakar membuat nasi briyani..perghhh briyani arwah kalau makan akan teringat-teringat selalu memang hebat. Saya pernah melihat arwah membuat briyani, bagaimana arwah merendamkan safron dengan air mawar supaya briyani menjadi lebih harum, masa kecil-kecil dahulu tak kenal saffron arwah memanggilnya koma-koma..sekarang ni dah belajar buat dah  tahu dan setiap ada kesempatan makan saffron akan saya cari supaya nasi akan menjadi cantik dan harum. 

Ini resipi saya berdasarkan apa yang saya lihat di youtube dan apa yang saya rasai di restuarant Arab..insyallah..tidak 100% seperti yang disediakan di restuarant Arab..tapi yang pasti..boleh diakui kesedapanya...so om try..!!!!

YEMEN MANDI CHICKEN RICE  / NASI MANDI YEMEN

Prep time
Cook time
Total time
Bahan-bahanya

1 ekor ayam dibelah 4
1 kilo atau 5 cawan beras basmathi basuh dan toskan 
Air untuk membuat air rebusan ayam..saya guna sebanyak yang boleh menutupi ayam

Untuk Membuat Air Rebusan Ayam

3 helai bay leaves
2 batang kulit kayu manis
7 biji buah pelaga
7 buju bunga cengkih
2 sdb serbuk jintan putih
1 sdb serbuk ketumbar

2 sdt saffron dicampurkan dengan 1/4 cawan jus lemon.

Rebus Ayam lebih kurang setengah jam bersama dengan bahan tadi. Angkat dan toskan ayam. Biar sebentar. Air rebusan disimpan.

Lumurkan ayam dengan saffron yang dicampurkan dengan jus limau dan goreng atau bakar ayam. Saya bakar supaya ayam nampak cantik. (Kalau tak ada saffron bolehlah gunakan serbuk kunyit atau guna inci kuning dicampurkan sedikit jus limau)

Untuk memasak Nasi

5 cawan beras
5 cawan air rebusan ayam tadi
5 biji cili hijau diblend halus
2 labu bawang besar di cincang halus
2 labu bawang besar dihiris
1 tin kecil tomato puree
2 sdb serbuk jintanputih
1 sdb serbuk ketumbar
1 senduk minyak sapi/minyak zaiton/butter

2 sdt saffron dibancuh bersama1/4 cawan lemon jus

Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar sehingga naik baunya. Masukkan cili hijau. Masukkan tomato puri dan air. Biar air mendidih dan masukkan beras. Masukan garam secukup rasa...biar sehingga nasi agak kering. Bila nasi sudah kering masukan hirisan bawang besar dan serbuk jintan tadi. Biar seketika kemudian lubang-lubangkan nasi dan titikkan saffron bertompok-tompok pada nasi dan tutup dengan nasi balik. Biar di atas api sehingga nasi masak. Bila masak kacau nasi. Di sini kita akan lihat warna-warna saffron bercampur dengan warna nasi asal.  Siap dihidang.

Untuk tidak muak saya masukkan cili hijau..sama ada diblend atau pun dipatah-patahkan


Untuk mendapatkan panduan yang lebih jelas sila lihat video ini...insyallah...

3 comments:

ummiaisyah said...

salam aidiladha kak Fatimah...ns tu look super duper yummy!! terasa-rasa kt tekak ni!

Wattie said...

salam aidiladha dr saya juga Kak Paty, Nasi to confirm best....

Kak Nita said...

salam aidiladha kak paty...
terliur betul tengok nasi mandy tu...confirm sedap nih..

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...