Pages

Thursday, September 03, 2015

PHILIPHINES PANCIT BIHUN


Sama seperti Malaysia di Phillipines pun bihun goreng pun popular buat sarapan dan buat majlis. Cara goreng pun lebih kurang sama ada yang merah, ada yang hitam dan ada yang putih. Bihun goreng di sana lebih dikenali dengan nama PANCIT BIHUN. Untuk kali ini saya menggunakan resipi bihun goreng putih menggunakan udang dan isi ayam, sayurnya pula saya gunakan kobis dan carrot. Tidak pedas tetapi sedap.

Pancit Bihun
Ingredients
  • 1/ 2 paket bihun - rendam
  • 3 ulas bawang putih
  • 100 g ketul isi ayam - potong dadu
  • 150 g udang hidup dibuang kulit dan bersihkan
  • ¼ kobis dihiris nipis
  • 1/2 biji lobak merah dihiris halus
  • 2 biji telur digoreng pecah
  • Garam gula dan perasa secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Daun Bawang utk hiasan

Instructions
  1. Ketuk dah racik bawang putih.Panaskan Minyak, masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau
  2. Masukkan ayam  dan udang
  3. Kemudian masukkan la air secukupnya.
  4. Masukkan garam gula dan perasa secukupnya. Masukkan kobis dan lobak
  5. Last skali masukkan la Bihun dan goreng hingga bihun lembut. Tambah air jika perlu
  6. Bila bihun dah lembut masak ,masuk telur yang digoreng tadi
  7. Angkat dan taburkan  daun bawang


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
All images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you.

CRIOSSANT CHICKEN COBB SANDWICH


Cara mudah menyediakan sarapan pagi. Saya menggunakan croissant yang dibeli di bakery, menyediakan salad ayam bersama mayo. Untuk salad ayam ini saya rebukan dada ayam dan isinya disiat-siat. Ayam boleh juga dipanggang atau digoreng atau pun menggunakan lauk ayam semalam.

Jika sukakan pedas boleh laj dimasukkan 1 sdt serbuk cayenne atau paprika. Sedap sandwich ini dan cukup mengenyangkan.


Croissant Chicken Cobb Sandwich


Ingredients

  • 1 ketul dada ayam panggang/grill/roast
  • 2 sdb mayo
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1 batang celery dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada sulah
Instructions
  1. Ayam direbus dan Isi ayam disiat atau dipotong kecil kemudian dimasukkan dalam mangkuk . Tambahkan mayonis secukupnya dengan serbuk lada sulah dan garam secukup rasa . 
  2. Gaul semua bahan sehingga cukup sebati 
  3. Potong croissant apu mentega letak salad dan masukkan salad tadi


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
All images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you.

Wednesday, September 02, 2015

ALMOND SLICE BROWNIES


What I love about brownie ialah bila tiba-tiba keinginan pada sesuatu yang manis menyerang..ha..ha..brownie adalah resipi yang paling sesuai..tidak renyah mudah dan bahan-bahan yang digunakan sentiasa berada di gerobok dapur...

Resipi kali ini saya masukkan hirisan badam yang telah dipanggang dahulu. Brownie dibakar beberapa minit kemudian dikeluarkan dan ditabur badam. Ini bagi memastikan badan terapung cantik diatas. Bahan dan cara membuat brownie ini sama dengan brownie yang lain. Tekture brownie pula adalah fudgy dan lembut.


Almond Slice Brownie

Bahan A
  • 250gm dark chocolate 
  • 120gm butter  
  • 140gm all purpose flour 
  • 30gm cocoa powder
  • 1 tsp baking powder
Bahan B
  • 3 biji telur saiz A
  • 230gm brown sugar (dark brown sugar pun boleh)
  • 1 tsp esen vanila
  • secubit garam
  • bancuhan 1sudu kecil nescafe dan 2 sudu besar air panas 

Bahan C

1/2 cawan hirisan badan dipanggang dahulu

Cara Menyediakannya

  1. Panaskan oven 170c selama 10-15 minit ... Gliss permukaan loyang 8x11 dengan sedikit butter serta letakkan baking paper pada loyang serta gliss kan juga dgn butter
  2. Chocolate masakan dicairkan dgn kaedah double boil setelah mencair masukkan butter . biarkan kedua2nya larut dan tutup api serta sejukkan.
  3. Ayak all purpose flour/tpg gandum, cocoa powder serta baking powder dalam satu bekas. ketepikan
  4. Dalam bekas yang lain pula pecahkan telur , masukkan brown sugar, esen vanila beserta bancuhan nescafe. Kacau sebati dan gula larut menggunakan hanya hand whisk. kacau agak2 dlm 2-3 minit sahaja
  5. Kemudian tuangkan adunan chocolate masakan ke dalam adunan telor dan kacau sebati 
  6. Masukkan sedikit demi sedikit bancuhan tepung ke dlm adunan tadi...kaup balik sehingga sebati
  7. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digliss dengan butter..ratakan permukaan adunan
  8. Bakar adunan suhu 170c selama 15 keluarkan dan tabur badam, masuk semula dalam oven dan bakar lai 30 minit atau hingga masak. Jangan terlalu lama nanti brownies terlalu kering... setelah masak tempohnya buka sedikit pintu oven biarkan brownies dlm 10-15 minit dlm oven kemudian baru dikeluarkan dan potong brownies waktu ia masih panas...


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

AYAM KICAP NASI AYAM


Bila memasak nasi ayam, kita mempunyai 3 pilihan untuk menyediakan ayamnya, satu dengan merebus atau steam, kedua dengan memanggang ayam dan ketiga dengan cara menggoreng. Untuk menggoreng pula kita mempunyai 2 pilihan sama ada hendak menggoreng secara garing atau hendak menggoreng biasa tapi nampak macam dipanggang...ha...ha..resipi ini adalah resipi goreng biasa tetapi sekali pandang nyata nampak macam dipanggang....ha..ha kita main silap mata sedikit.

Seperti side dish nasi ayam ain basicnya ialah ayam dan air rebusannya Air rebusan inilah digunakan untuk supnya, untuk ayamnya untuk sayurnya dan juga untuk sos kicap...so penting kita memahami cara merebus ayam ini. Nampak mudah tetapi jika inginkan ayam yang cantik dan juicy makanya kena faham caranya.
..
Jika ayam untuk rebus dan stim, makanya ayam hendaklah direbus lama sedikit lebh kurang 1 jam, kemudian diangkat dan direndam dalam ais...ha..ha..ayam dimandi ais...ini bagi memastikan isi ayam tidak kejang atau untuk mematikan proses merebus. Untuk memanggang atau menggorengr biasanya saya akan rebus sekitar 30 - 45 min dan juga saya tidak mandikannya dengan ais sebab ayam akan digoreng atau dipanggang so kita tak hendak ayam terlalu empuk.

Lepas  direbus ayam dikeringkan..paling cantik guna dawai cakok untuk menggantung ayam..kaedah ini sesuai untuk memanggang atau untuk goreng ranggup..tetapi untuk goreng kicap ini saya cuma toskan ayam kemudian dilumur dengan bahan kicap dan goreng....jom tenguk cara membuatnya.


Ayam Kicap Nasi Ayam

Untuk Air Rebusan Ayam

  • 1 ekor ayam bleh dibiar seekor atau dibelah 2 atau 4
  • 3" halia dihiris bulat
  • 5 ulas bawang putih diketuk
  • 3-4 tangkai bahagian putih daun bawang
  • air secukupnya
  • garam dan lada sulah
Caranya
  1. Masukkan air dalam periuk agak2 bleh menegelamkan ayam
  2. Didihkan air masukkan semua bahan lain kecuali ayam
  3. Perlahan-lahan masukkan ayam, masukkan melalui kepala dulu
  4. Rebus selama 30 min atau sehingga sejam
  5. Angkat dan tos ayam
Untuk Perap Ayam

1/2 sdb kicap pekat
2 sdb kicap cair
2 sdb madu

Gaul rata dan lumur atas ayam. Perap seketika lebih kurang setengah jam dan goreng sehingga masak dan cantik warnanya

Untuk Sosnya
  • 1/2 cawan sos tiram
  • 1 sdb kicap pekat
  • 3 sdb kicap cair
  • sedikit lada sulah
  • 1/2 sdb minyak bijan
  • 2 cawan air rebusan aya,
  • 1 sdb tepung jagung dibancuh bersama 3 sdb air rebusan ayam
Caranya
  1. Satukan semua bahan kedalam periuk kecuali air tepung jagung
  2. Masak atas api..lebih kurang 5 minit
  3. Masukkan air tepung jagung
  4. Biar pekat sedikit, angkat dan curah atas ayam goreng yang siap dipotong



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

IPOH CHICKEN BEAN SPROUT / TAUGEH NASI AYAM


Biasanya kalau kita makan nasi ayam ala Cina terutama di Chicken Rice Shop, kita akan diberi pilihan untuk memilih sayur, dua jenis sayur popular ialah Bok Choy atau taugeh. Masyallah saya memang suka kedua-dua dan yang best menyediakannya cukup mudah. Kedua sayur ini dicelur dalam air rebusan ayam kemudian disimbah dengan kicap aje.

Penting menyediakannya ialah proses penyediaan sayur ini perlu dilakukan disaat akhir dan dibuat pantas supaya sayur kekal ranggup. Untuk taugeh biasanya ia bersendirian tanpa sayuran lain tapi saya inginkan warna warni dalam taugeh saya jadi masukkan sedikit hirisan cili merah dan kucai.

Jika kita membuat nasi ayam, ayam rebusan ayam paling sesuai digunakan untuk mencelur taugeh jika tak air rebusan biasa pun boleh.

Cara merebus ayam sila lihat di post akan datang. Di sini saya tunjukkan cara menyediakan kicapnya.


Taugeh Celur

Resipi untuk sepinggan

2 genggam taugeh

Sosnya

  • 2 sdb kicap cair
  • 1/2 sdb kicap pekat
  • sedikit lada sulah
  • sedikit air rebusan ayam
  • 3-4 titik minyak bijan

Cara Menyediakannya
    1. Letak yaugeh dalam penapis berdaai dan ceur dalam air rebusan ayam...beberapa saat aje
    2. Angkat, tos dan letak dalam pinggan
    3. Satukan bahan sos dan curah atas taugeh
    4. Hias dengan daun bawang atau hirisan cili merah

    Nota : Jika suka boleh juga dimasukkan kucai



    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

    all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...