Pages

Monday, December 12, 2016

LYCHEE ROSE CAKE


Kek ini adalah antara kek yang menjadi kegilaan....ha...ha kek viral. Asalnya kek sponge yang dilapisi dengan hirisan laici dan fresh krim. Saya namakan kek ini Laici Rose Cake kerana saya bermain dengan warna kelembutan rose.

Tektur kek ni nyata lembut dan gandingan sponge kek memanag sesuai dihias dengan fresh krim, aroma laici paste dan laici flavor memang menaikkan keenakkan kek ini.




Kek Laici
Untuk Sponge Cake
  • 250gm tepung sponge mix
  • 60 ml air
  • 1 sdb ovalette
  • 5 biji telur B
  • 60ml minyak / butter cair
  • 1 sdb laici flavor


  1. Satukan semua bhn KECUALI minyak / butter cair.
  2. Pukul hingga betul2 putih dan gebu.
  3. Masukkan minyak / butter cair sedikit2 sambil dikaup balik.
  4. Tuang dlm loyang 8 @ 9 inci yg telah digris dan dilapik kertas..
  5. Bakar dalam ketuhar 170C selama 30 minit atau sehingga kek masak..
  6. Terbalikkan kek sejurus dikeluarkan dr oven, lepas 10 minit terbalikkan semula, sejukkan..
  7. Potong kek kepada 2 @ 3 bhgn..
Untuk Lychee Compote

  • 2 tin laici tos airnya dan gunting halus
  • 30 g gula castor
  • 2 sdt tepung jagung

  1. Satukan semua bahan dan masak atas api kecil sehingga pekat
  2. Angkat dan sejukkan


    Untuk Fresh Creamnya


    • 550 g fresh cream
    • 1 sdt laici flavor
    • 2 -3 sdt laici pastr
    • 125 g instant custard
    • 312 g susu segar



    1. Satukan susu dan instant custard, gaul rata dan ketepikan
    2. Pukul krim sehingga soft peak dan masukkan adunan susu tadi
    3. Masukkan esen dan laici paste
    Cara Menyiapkan kek

    1. Ambil sekeping kek, dan sapukan dgn laici compote, sapukan fresh krim, letak lapisan kek seterusnya dan ulangi langkah yg sama hingga habis..
    2. Sapu keseluruhan kek dgn baki krim  dan hias dgn laici, simpan dlm petisejuk hingga keras sebelum dipotong..


      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      No comments:

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...