Pages

Sunday, February 14, 2016

PANDAN GULA MELAKA CUPCAKE


Resipi dari Bitter Sweet & Spicy blogger dari Kota Singa ini memang top....perasa pandan digabungkan dengan gula melaka nyata citarasa kita. Lemak santan, harum pandan dan manis gula melaka memang merupakan kombinasi yang baik. Pernah membuatnya dulu tapi gagal dalam menghasilkan buttercream yang baik.

Kali ini alhamdulillah keknya dan buttercreamnya cukup memuaskan cuma kurangnya kali ini saya kehanbisan gula melaka jadi digantikan dengan butterscotch .



Pandan Gula Melaka Cupcakes

  • 200 gm tepung kek
  • 1/2 sudu teh baking powder 
  • 125 gm unsalted butter  lembutkan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 200 gm gula halus 
  • 2 biji telur  suhu bilik
  • 75 gm santan KARA + 25 gm air
  • 2 sudu besar jus pandan ~ 5 helai daun pandan kisar dengan sedikit air ambil jusnya
  • sedikit pewarna hijau



  1. Panaskan ketuhar 15 minit sebelum di masukkan kek pada suhu 180C
  2. Sediakan muffin pan atau cup cake secukupnya
  3. Satukan tepung dan baking powder kemudian ayak ~ ketepikan
  4. Satukan santan, air, jus pandan dan pewarna hijau dan gaul rata ~ ketepikan
  5. Dalam bekas pemutar, satukan butter, esen vanilla dan garam dan pukul sebentar
  6. Masukkan gula halus dan putar 3 minit hingga lembut
  7. Masukkan telur sebijik demi sebijik dan putar rata
  8. Masukkan tepung berselang seli dengan campuran santan ( mulakan dengan tepung dan di akhiri dengan tepung ) putar atau kaup balik hingga adunan sebati
  9. Tuang dalam cawan kek 3/4 cawan penuh sahaja
  10. Susun dalam loyang muffin dan bakar selama 25 minit
  11. Setelah masak, sejukkan atas redai

Gula Melaka Italian Meringue Buttercream

  • 50 gm gula Melaka
  • 1 helai daun pandan
  • 1/8 cawan air


Satukan semua bahan di atas dan masak hingga gula larut
Kemudian sejukkan

  • 80 ml air
  • 150 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 250 gm butter tanpa garam ~ di potong dadu
  • 1 sudu besar caramel gula Melaka ( adunan gula Melaka yang di masak tadi )


  1. Satukan air dan gula dan masak hingga pekat dan suhunya mencapai 117C.
  2. Jika tak ada jangka suhu anda boleh gunakan garfu. Celup garfu dalam larutan gula. Bila anda angkat garfu, larutan gula akan terbentuk macam kaki itik. Itu bermakna gula tu dah cukup pekat. ( rujuk gambar )
  3. Kemudian tuangkan caramel gula Melaka tadi , gaul rata biarklan sekejap ia pekat.
  4. Sementara anda lihat gula dah didih dan dah terbentuk kaki itik tadi, baru putar telur dan kuning telur dalam mesin pemutar hingga kembang, bila dah kembang terus tuang gula yang panas-panas ke dalam telur tadi sambil terus putar hingga sebati
  5. Bila dah sebati, simpan dalam peti sejuk dengan pemutar dan mangkuk pemutarnya sekali 
  6. Bila dah betul-  betul sejuk 
  7. Putar semula dan masukkan esen vanilla, dan  butter satu persatu sambil putar hingga kembang dan halus.
  8. Kemudian masukkan dalam piping bag dan paipkan atas cup cake tadi
    Notes


    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.



    1 comment:

    tun_telani said...

    wahhhh... mesti wangi satu rumah nih

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...