Pages

Monday, February 23, 2015

POTATO DONUT / DONUT KENTANG


Tekak dah lama berhajat hendak makan donut kentang ni, kebetulan terpandang di wall Azlita, masammanis.blogspot, bookmarked dan terus buat petang ini. Lembut tektur donut ini cukup sesuai buat minum petang.

Untuk resipinya klik sini kerana Azlita menunjukkan step-by-step.



Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

AYAM MASAK MERAH - MY MEAL PORTION PLAN


Resipi favourite lauk pengantin dan lauk gandingan nasi tomato. Terdapat banyak versi ayam masak merah ni..ada yang yang berempah dan ada yang tidak..ada yang bersantan dan ada yang tidak..apa pun bahan yang diguna semuanya bergantung kepada selera dan cita rasa masing-masing.

Resipi saya hari adalah resipi yang seringkas-ringkasnya tetapi nyata sedap. Saya menggunakan bahan simple tetapi menitik berat pada tomato yang digunakan..saya guna Heinz Tomato dan tomatao puri..tanpa bahan-bahan berempah..dan tanpa santan.

Sedap dan tidak muak.


WHOLE MEAL CHICKEN PITA BREAD


Cara mudah menyediakan sarapan pagi jika kesuntukan masa..sebab itu saya selalu sparekan roti atau peta bread ini. Mudah..pakai main campak aje..baik awal pagi atau tengah malam lapar inilah sajian penyelamat. Isinya boleh di isi apa-apa jua. 

Untuk resipi kali ini saya masukkan salad ayam yang siapkan malam sebelum tido..dinginkan dan pagi siapkan rotinya..mudah, menu sihat  dan mengenyangkan.


Chicken Pita Bread

  • Pita Bread
  • Timun Jepun dihiris bulat
  • Tomato dihiris bulat
  • Salad Romaine
  • Bawang besar dihiris bulat
  • Mayo


Untuk Ayamnya

  • 1 ketul dada ayam direbus dan dicarik-carik
  • 3 sdb mayo
  • garam dan lada sulah


Gaul semua bahan dan adjust rasa

Potong pita bread kepada dua, sapukan mayo, susun salad, masukkan ayam dan susun timun, tomato dan bawang.



Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Sunday, February 22, 2015

BOK CHOY BUTTON MUSHROOM


Bok Choy paling sedap dimasak bersama sos tiram. Ini merupakan Chinese Restaurant favourite vegetables dish. Sayurnya ranggup dan manis. Cendawan menambahkan kesedapan pada menu ini. Saya gemar  memakanya bersama nasi panas begitu aje.


Bok Choy Button Mushroom 



  • 1 cekak bok choy dibersihkan dan tos
  • 5 - 6 button mushroom dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 1/2 sdt minyak bijan
  • 2 sdb minyak masak
  • 1 cawan stok ayam
  • bawang goreng
  • 2 sdb sos tiram
  • 1 sdb tepung jagung dibancuh bersama 1/4 caan air

Cara Menyediakannya

  1. Masak air dan masukkan 1/2 sdt minyak masak
  2. Celur bok Choy jangan lama celup dan angkat
  3. Tos bok choy dan susun atas pinggana.
  4. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik baunya
  5. Masukkan sos tiram dan renjis minyak bijan
  6. Masukkan stok dan renehkan seketika.
  7. Masukkan cendawan dan bancuhan tepung jagung
  8. Biar atas api sehingga kuah agak pekat sedikit.
  9. Angkat dan curah kuah atas sayur yang dicelur tadi
  10. Tabur bawang goreng dan hidang.

Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

SIAKAP ASAM BOI / STEAM SEABASS WITH SOUR PLUM


Sejujurnya saya tidak tahu menu hari ini menu Chinese atau menu Thai...kalau kita berkunjung ke kedua-dua restoran ini pada ada menu ini dalam senarai. Mungkin Chinese version tak ada cili padi atau perahan air limau..ha..ha..so kalau ada dua bahan ini maka kita declare ianya dari Thai dan jika tidak maka iaya dari Chinese. Apa pun menu ringkas ini cukup mudah menyediakan dan takala ikan siakap ini tengah bermusim dan murah eloklah dicuba resipi ini.

Sedap makan bersama nasi panas dan lauk sampingan lain seperti sayur dan telur dadar
SELAMAT MENJAMU SELERA DAN SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...!!!

Siakap Asam Boi

  • 1 ekor ikan siakap dibersihkan
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 2 " halia dihiris
  • 2 batang serai dihiris
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 7 cili padi diketuk
  • 2 biji perah air limau
  • 3 biji asam boi
  • 3 tangkai daun bawang
  • 2 cawan air 
  • 1 sdb air stok ikan (nam pla)
  • garam, lada sulah dan gula secukup rasa

Cara Menyediakannya

  1. Bersihkan ikan dan lumur dengan lada sulah dan garam.
  2. Kukus hingga masak dan letak diatas pinggan
  3. Dalam periuk lain renehkan air, masukkan hirisan serai, bawang putih, halia, asam boi, garam, gula sos nam pla, cili padi dan perahan air limau.
  4. Reneh sehingga mendidih angkat dan curah pada ikan yang dikukus tadi
  5. Tabur daun bawang dan siap dihidang


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Saturday, February 21, 2015

BLACK PEPPER CHICKEN GRILL / GRILLED AYAM LADA HITAM


Between Chicken Chop dengan Grilled Chicken saya lebih gemar grilled chicken, terasa dagingnya bila diperap dan untuk yang berdiet cara ini adalah lebih baik kerana tidak menggunakan deep frying. Grilled Chicken paling sedap bersoskan black pepper sauce atau pun muhroom sauce.

Menu ini boleh dihidang bersama nasi, pasta mahupun roti, Untuk sidenya bolehlah disediakan mashed potatoes, potato chips, atau pun salad. Untuk kali ini saya sediakan garlic bread dan kacang buncis celur.

Perfect One Dish Meal jika berhajat untuk skip nasi.

Grilled Chicken With Black Pepper Sauce

  • 3 - 4 keping dada atau peha ayam
  • 2 sdb kicap cair
  • 2 sdt gula perang
  • 2 sdb serbuk lada hitam
  • 2 sdb sos bbq
  • Minyak untuk memanggang
  • garam secukup rasa

  1. Gaulkan semua bahan dan perap ayam sekurang-kurangnya 2 jam atau semalaman
  2. Panaskan minyak dan grill ayam sehingga masak.
  3. Minyak lebih disimpan untuk sos lada hitam
Untuk sos lada hitam

  • 1 bawang besar dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 2 sdb serbuk lada hitam
  • 1 sdt gula perang
  • 2  sdb kicap cair
  • 2 sdb Worcestershire sauce
  • 1 sdb tepung jagung bancuh bersama 1/2 cawan air
  • 3 cawan stok ayam
  • garam secukup rasa

  1. Lebihan minyak dari ayam digunakan untuk menumis bawang bear sehingga layu
  2. Masukkan bawang putih cincang
  3. Masukkan air stok ayam, garam , lada hitam, kicap cair worcestershire sauce
  4. Renehkan dan akhir sekali masukan bancuhan tepung jagung dan gula perang
  5. Biar sehingga agak pekat dan angkat
Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

GREEN SALAD / SALAD SEGAR


Ini merupakan salah satu salad kegemaran saya. Paling saya suka ialah timun Jepun dan dressingnya.Timun Jepun yang ranggup cukup sesuai dengan dressing yang simple dan masam-masam sebegini. Boleh tambah walnut atau badam panggang jika suka.

Menu sihat ini sesuai dimakan begitu aje atau sebagai side bagi menu utama.
Green Salad

  • Salad Romaine
  • Timun Jepun
  • Bawang Besar
  • Tomato Cherry

Dressingnya

  • 1 cawan jus lemon
  • 1/2 cawan minyak zaiton
  • 1/2 sdt serbuk lada hitam
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • garam secukup rasa

Cara Menyediakannya

Satukan semua bahan dan adjust rasanya
Bahan-bahan salad boleh disediakan mengikut cara masing-masing
Kalau suka boleh tambahkan sedikit gula


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

FRUITY SWEET OATS / OATS SARAPAN PAGI


Oats untuk sarapan..itu sebaik-baiknya yang diarankan oleh doktor, tapi biasalah tekak orang Melayu dan kita orang ASIA LEBIH gemar sarapan yang berat-berat..tetapi sekali sekala tukar selera menarik juga..lebih-lebih lagi jika tekak menginginkan sesuatu yang manis sedikit.

Breakfast Oats ini mudah menyediakan..5 bahan dalam masa lima minit..ha..ha...senang dan sedap. Untuk menambahkan kelazatan pada oats ini saya masukkan sedikit pisang yang dilecek...perghhh sikecil dirumah pasti mengemarinya..tarikan warna  strawberry dan pisang boleh menjadi tarikkan pada sikecil yang sukar makan...


Breakfast Fruity Oats


  • 1 cup milk of choice, or water
  • 1/2 cup rolled oats 
  • 1 ripe banana
  • juice of one lemon (~3 tbsp), or 1 tsp lemon extract
  • pinch of salt
  • 5 - 6 strawberries diced


Instructions

  1. Bring milk (I use 1/2 c almond milk and 1/2 c water) to a boil, add oats, and reduce heat to medium. 
  2. Thoroughly mash the banana and add to the oats. Stir!
  3. Once more of the liquid has absorbed, add lemon juice and salt. Stir.
  4. When you’re pleased with the consistency of the oatmeal, transfer to a bowl. Top oatmeal with banana, strawberries and add another splash of your milk of choice, along with any other additional toppings (shredded coconut, nuts, etc.).


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Friday, February 20, 2015

SWEET SOUR RED SNAPPER / IKAN MERAH MASAK MASAM MANIS


Resipi yang tidak perlu pengenalan diri..ha..ha..ramai yang tahu dan ramai menyukainya. Resipi popular restoran Cina dan mudah menyediakan. Ikan merah cukup sesuai untuk resipi ini. Terdapat dua cara menyediakan ikan merah ini, satu sama ada menggunakan filletnya dibuat goreng tepung dahulu dan yang keduanya cara ini ikan digoreng garam kunyit dahulu.

Ikan Merah yang fresh menambahkan keenakkan pada resipi, disamping cili hijau dan cili merah, cili bangla mahupun timun muda atau nenas boleh juga digunakan.

Sedap makan bersama nasi panas.




Ikan Merah Masam Manis 


  • 3 - 4 keping ikan digoreng garam kunyit dan ketepikan
  • 2  biji cili merah dibelah 2
  • 2 biji cili merah dibelah 2
  • 1 biji bawang besar dihiris bulat
  • 2" halia dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih dihiri nipis
  • 2 sdb minyak masak
  • 2 cawan air stok ayam
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sdb tepung jagung dibancuh bersama 2 sdb air

Bahan sos

  • 2 sdb cili pes
  • 2 sdb sos tomato
  • 2 sdb sos cili
  • 2 sdb cuka masak

Cara Menyediakannya


  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia sehingga naik baunya
  2. Masukkan pes cili dan biar seketika
  3. Masukkan air stok..renehkan dan masukka sos cili, sos tomato, garam, gula dan cuka
  4. Adjust rasa dan masukkan ikan goreng.
  5. Masukkan cili hijau, cili merah dan bawang besar.
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan biar atas api sehingga pekat sedikit dan angkat







Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

BLACK VELVET CAKE


Inspirasi dari red velvet cake. Kek ini lebih kurang sama, malah resipi yang sama digunakan cuma digantikan pewarna merah dengan pewarna hitam. Frostingnya pula adalah frosting buttercream biasa tapi kerana saya menginginkan krim yang putih, saya gunakan krimwell. Keknya moist dan sedap, sesuai jika kita menyediakan acara-acara yang bertemakan hitam putih.


Black Velvet Cake
  • 2 1/2 cawan tepung kek
  • 1 sdt garam
  • 1/4 cawan serbuk koko 
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 1/2 cawan minyak jagung
  • 2 biji telur
  • 1 sdb pewarna hitam
  • 1 sdt esen vanila
  • 1 cawan  buttermilk
  • 1 1/2 sdt  baking soda
  • 2 sdt cuka

Cara Menyediakannya
  1. Satukan teapung, garam dan koko dan letak sebelah.
  2. Pukul gula dan minyak pada speed sederhana
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji
  4. Masukkan pewarna hitam dan vanilla pukul lagi.
  5. Masukkan taepung berselang seli dengan buttermilk dan pukul hingga rata
  6. Dalam cawan lain satukan soda dan cuka sehingga berbuih dan masukkan dalam adunan tadi
  7. Gaul rata dan tauang kedalam dulang pembakar 8-inch pans. Bakar pada suhu 350 selama 30-35 minutes.
  8. Keluarkan sejukkan sebelum dilapiskan dengan krim
Crusting Buttercream

8 cawan gula ising
1 cawan krimwell
2 sdt vanilla 
1/2  - 3/4 cawan susu

Pukul krimwell dengan vanilla elama  minit. Masukkan gula ising secawan demi secawan. Masukkan susu dan pukul sehingga mendapat konsitency yang diperlukan. Lapis dan hiaskan kek.



@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

WHITE RADDISH CHICKEN SOUP / SUP AYAM LOBAK PUTIH


Masakkan harian yang simple juga sesuai dijadi menu orang sakit. Saya jarang masak lobak putih di rumah kerana kurang sambutan tetapi kali ini kerana berhajat sangat saya masak sedikit. Sebaik-baiknya sup sebegini tidak perlu tumis tapi saya tumis sedikit bersama bawang putih. 

Sedap digandingkan dengan lauk bersambal dan ikan goreng.



Sup Ayam Lobak Putih 


  • 1 batang lobak putih dihiris bulat
  • 1 batang lobak merah dihiris
  • 2 tangkai daun bawang atau leeks dipotong 2" panjang
  • 300 ayam dipotong kecil
  • 1 cawan korma China
  • daun bawang daun sup
  • bawang goreng
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 4 cawan stok ayam
  • garam dan lada sulah secukup rasa
  • 2 sdb minyak


Cara Menyediakannya

  1. Panaskan minyak dan masukkan ayam.
  2. Masak hingga ayam berubah warna dan masukkan bawang putih
  3. Biar seketika masukkan stok ayam, garam, dan lada sulah
  4. Renehkan atas api sehingga ayam agak empuk baru masukkan korma Cina, lobak merah dan loak putih
  5. Biar seketika baru masukkan daun bawang.
  6. Padamkan api dan angkat

Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...