Pages

Friday, February 13, 2015

BUBUR PUTIH BUBUR MERAH


Kualiti gambar agak teruk kerana saya terpaksa gunakan kamera telepon, kamera khas untuk photoshoot sudah tenat. Oleh kerana saya telah muatkan Bubur Putih bubur Merah ini dalam FB saya da nada yang minta resipinya maka saya masukkan jugalah.

Bubur Putih Bubur Merah ini lama saya tidak makan rasanya paling last masa di sekolah menengah. Bubur ini merupakan tradisi orang Jawa dan juga keluarga. Menu ini wajid disediakan oleh arwah umi bagi meraikan birthday kami adik beradik. Beras pulut dimasak bersama beras biasa dan santan, memang lemak dan sedap. Warna pada bubur ada ceritanya sendiri tetapi saya tidak begitu tahu asal usul dan ceritanya. Apa pun sekarang susah nak cari bubur ini atau mungkin ramai sudah tidak mempraktikkan lagi.



Bubur Putih Bubur Merah

Bahan-bahannya
  • 1 cawan beras pulut
  • ½  cawan beras
  • 2 cawan santan
  • ½ cawan gula merah
  • ½ cawan gula pasir
  • Secubit garam

  1. Rebuskan beras dan beras pulut sehingga kembang. 
  2. Masukkan santan. 
  3. Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian di campurkan gula merah dan sedikit gula dan satu bahagian lagi dibiarkan warna asal dan ditambahkan sedikit garam
  4. sendukkan keduanya ke dalam mangkuk dan sedia dinikmati...


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

1 comment:

Nely's Kitchen said...

Assalammualaikum kak paty..lama lyza x jenguk ke sini..bubur putih n merah ni mmg jadi amalan masyarakat di johor..klu ada hari yg istimewa..cthnya Hari jadi, dpt anak baru, keputusan yg cemerlang, sembuh dari sakit dan berjaya dlm apa saja.. pasti mak lyza x lupa buat bubur putih n merah ni..

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...