Pages

Friday, June 13, 2014

PENANG SOUPY HOKKIEN MEE


Zaman sekolah..dulu mee nie memang top di kantin sekolah...nak makan memanglah tak bolehkan was-was...
jadi pendam aje hasrat...
nak cari di kedai Melayu memang tak ada ler...
so kalau berhajat kena buat sendiri....

Penting Hokkien Mee ni ialah Cili Oilnya yang digunakan dalam sup mahu pun untuk menghidangnya. Supnya banyak menggunakan kulit udang yang direbus lama kemudian ditapis...tapi saya lebih senang merebus kulit udang ini, Semua bergantung kepada pilihan kita..kalau blend kuahnya agak keruh...tapi jika ditapis kuahnya agak jernih.

Selain kemanisan udang...kemanisan kuah juga diperolehi dari gula batu yang dimasukkan ke dalam sup.
Bukan nak cakap lah mee ini memang hebat dan sedap dihidang bersama kangkung celur, telur rebus, udang, isi ayam dan jika suka sedikit fish kek...perghhhh....




Penang Soupy Hokkien Mee
Prep time

Cook time

Total time

.
Rebusan
1 bag kulit udang/atau 1 kilo udang dan kulitnya
air secukupnya lebih kurng 1500 ml
2-3 ketul gula batu
tulang ayam

Rebus semua bahan sekurang-kurang 1 jam dan tapis airnya letak sebelah

Bila pes cili sudah siap..panaskan air rebusan ni dan masukkan 1/2 daripada pes cili nie masukan garam secukup rasa dan siap untuk dihidang

* untuk rebusan ini sebenrnya tidak mempunyai suktan kerana ini merupakan stok main agak-agak aje.

Untuk cili Pesnya
30 cili kering - rendam
11 biji bawang merah
5 ulas bwang putih
5 sdb minyak

Blend semua bahan dan tumis sehingga garing angkat dan letak sebelaht

Bahan Atas
Kangkong dicelur
Fish kek
Isi Udng dari rebusan sup
Mee Kuning atau Bihun
Telur Rebus
Bawang Goreng

Susan bahan seperti digambar dan curahkn supnya. Hidang bersama cili pes.
 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.


You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...