Menu wajib dan perlu ada di mana-mana outlet Nasi Kandar. Rasanya ianya memang menjadi kegemaran ramai. Untuk menjaga kelazatan masakan ini daging wajib empuk...sebab itu saya lebih senang menggunakan pressure cooker, kedua hati menggunakan kicap supaya masakan tidak manis. Lain-lain bahan ialah remph ratusnya. Kas-kas menolong memekatkan masakan dan sudah tentunya menambahkn kelazatanya.
Daging Masak Nasi Kandar
Masakan favourite ynag menjadi kegemaran pelanggan Nasi Kandar...Daging Masak Hitam ini lebih kurang macam masak kicap tetapi berempah. Sedap jika dicmpur dengan kuah-kuah nasi kandar yang lain
Ingredients
- 1 kg Daging (dipotong hiris mengikut urat daging jadikan 14 keping).
- 2 biji Bawang labu besar belah dua baeang memanjang , dihiris memanjang untuk semua masakan nasi kandar) .
- 100 gm Rempah kari Daging ( dari bungkusan 250gm).
- 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk Jintan Putih.
- 1/2 sudu kecil Serbuk (tsp) Jintan Manis
- 1/2 sudu kecil (tsp) Serbuk Kas-kas ( tidak kemestian).
- 1 sudu kecil (tsp) Garam Masala.
- 100gm Cili Giling (tersedia jual) atau mengikut kepedasan anda inginkan.
- 4 sudu besar (tbsp) sos cili.
- 2 sudu besar (tbsp) sos tomato.
- 1 sudu besar (tbsp) gula pasir.
- 7 sudu besar (tbsp) Kicap Pekat Mee (tamim amat sesuai) atau sesuaikan warna yang dikehendaki. Sekiranya kuantiti masakan yang besar gunakan kramel kicap (kramel tidak punyai kemasinan).
- Garam atau kalau suka aji secukup rasa
- Bahan untuk kisar / Tumis:
- 2 biji bawang labu besar dikisar dan asingkan ia digunakan sebagai kuahnya)
- 2 sudu besar pes halia bawang putih.
- 1 batang serai di ketuk di pangkal.
- 2 helai daun pandan di potong 3″ .
- 2 tangkai daun kari.
- 2 kpg. Kayu manis is + 5 buah pelaga + 4 bunga lawang + 8 cengkih.
- 2 senduk Minyak masak.
Cara Penyediaan
1. Bersihkan daging dan rebus daging sehingga empuk (cuba carikan
daging sekiranya senang dicarik ; daging telah lembut dan sedia). Sekiranya
menggunakan daging segar, daging ini
tidak perlu direbus dahulu.Tentukan air rebusan daging tidak dibuang. Paras air
daging semasa rebus perlu diberi perhatian, jangan sampai daging hangus kerana
paras air yang terlalu rendah. Simpan air daging (stok) ini untuk jadikan kuahnya.
2. Panaskan kuali dan masukan minyak masak. Apabila minyak panas,
masukan campuran kayu manis, Buah pelaga, cengkih, bunga lawang , daun
pandan, dan serai. Goreng hingga ramuan
ini mula keluarkan bau harum.
3. Masukan hirisan bawang kacau sehingga warna hirisan bawang bertukar
keemasan.
4.Masukan pes halia bawang putih , dikuti dengan bawang kisar. Tumis
sehingga bahan-bahan ini keluarkan bau harum.
5. Masukan bahan kisar cili /cili giling kacau rata atau serbuk cili.
Selepas 3-4 minit masukkan air rebusan daging dan daging. Kacau rata.
6. Masukkan serbuk kari , sebuk jintan putih, jintan manis, kas-kas,
garam masala.
7. Masukkan serbuk kari, Jintan Putih, jintan manis , kas-kas dan
kicap pekat mee. Kacau rata dan biarkan mendidih sehingga kuahnya menjadi
pekat.
8. Kecilkan api dan masukan 1 sudu besar gula pasir. Masukan
garam secukup rasa (awas dengan kemasinan kicap tersedia ada). kacau rata.
padamkan api. Keluarkan dari kuali dan hidangkan. Taburkan daun pudina dan
bawang goreng di atas dan sedia untuk hidangan. Selamat mencuba
Notes
Adapted from Mohammad Roslan and personal experience in Nasi Kandar Restaurant
1 comment:
Nalla..boleh cuba lps ni..tq kak patty
Post a Comment