Pages

Wednesday, April 16, 2014

DAGING BAKAR AIR ASAM TITI SERONG


Resipi mudah disediakan untuk makan tengah hari mahupun malam. Untuk Resipi Daging Bakar ini saya lebih suka membuatnya ringkas. perap daging bersama lada hitam dan kunyit lalu dibakar.

Manakala untuk sambal pencicahnya..saya masukkan sedikit belacan, kerisik dan tomato pes. Rasanya lebih mantap. Kalau yang suka pedas boleh ditambahkan cili padi.


Daging Bakar Air Asam
Prep time

Cook time

Total time

.
Daging Bakar
500 gm isi daging
1/2 sdt serbuk kunyit
1/2 sdt serbuk lada hitam
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk direnjis

Perap semua bahan sekurang-kurangnya 1 jam. Bakar sehingga empuk dan masak. Semasa membakar boleh direnjis-renjiskan dengan minyak. Dah masak hiris daging nipis-nipis

Air Asam
2 biji tomato buah dihiris nipis
2 labu bawang besar dihiris dadu
15-20 biji cili padi dihiris nipis
1/2 belacan dibakar - diramas.halus
3 sdb kerisik
2 sdb tomato pes
1/2-1 cawan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Satukan semua bahan dan adjust rasa




 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

Friday, April 11, 2014

KUIH CARA BERLAUK


Kuih ini menerupakan kegemaran saya ketika berpuasa. Biasanya kalau saya buat..makan nasi saya tak akan jamah. Cukup dengan secawan kopi dan cara berlauk ini. Cukup mengenyangkan. Untuk intinya boleh dibuat daging atau ayam kisae. Sesuai buat minum petang atau pun majlis keramian di rumah.


Kuih Cara Berlauk
Prep time

Cook time

Total time


Untuk Batternya
150 g tepung gandum
50 ml santan pekat
250 ml air
1 biji telur
1/2 sdt garam
1/2 sdt serbuk kunyit

Blend semua bahan, tapis dan ketepikan

Untuk Intinya

200 g daging kisar
2 sdb serbuk kari
1 sdb serbuk cili
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1"halia ditumbuk halus.
3 sdb minyak

Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu.
Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi dan tumis sehingga naik baunya
Masukkan serbuk kari dan serbuk cili
Tumis seketika dan masukkan daging kisar.
Masukkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan sedikit air dan biarkan seketika sehingga daging masak adan agak kering.
Angkat dan sejukkan.

Bahan Untuk Taburan
2 biji cili merah dihiris nipis
1-2 tangkai daun bawang dan daun sup dihiris hipis.


Cara Menyediakanya

Panaskan acuan kuih cara, leserkan minyak dan curahkan adunan tepung tadi. Letakkan inti dan taburkan daun bawang dan cili merah. Biar seketika sehingga masak dan angkat.
Sedap dihidang bersama sos cili.

 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

Tuesday, April 08, 2014

NUTELLA CUPCAKES


Resipi cokolat cupcake yang digandingkan dengan frosting Nutella..nyata satu kombinasi yang baik...dan sedap. Sesuai disajikan dalam apa bentuk function..dan nyata presentable.





Nutella Cupcakes
Prep time

Cook time

Total time



Ingredients

    Resipi kek cawan
  • 1/2 cawan mentega
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 2 tsp. esen vanila
  • 1 1/2 cups tepung
  • 1/2 cawan serbuk koko gelap
  • 1 sdt. baking soda
  • 1/4 sdt  garam
  • 1/2 cawan buttermilk
  • 1/2 cawan kopi suam (saya guna nescafe)
  • Nutella Frosting 
  • 1 cawan mentega
  • 1 cup Nutella
  • 2 sdt vanilla extract
  • 4 cawan gula ising
  • secubit garam
  • 2-3 sdb susu atau krim

Menyediakan Kek Cawan

Pukul mentega dengan gula sehingga putih dan gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan Vanila
Ayak dan satukan bahan kering ketepikan
Satukan buttermilk dan kopi dan ketepikan.
Masukkan bahan kering kedalam adunan mentega diselang seli dengan adunan basah sehingga habis.
Tuangkan adunan kedalam acuan muffin yang dialaskan dengan kertas muffin
bakar pada suhu 375  F selama 15 minit.
Membuat Nutella Frosting:
Pukul mentega dengan nutella sehingga lincin. Masukkan esen vanilla dan terus pukul
Perlahankan mixer dan masukkan gula ising pukul lagi sehingga sebati dan sekata. Masukkan susu.
Masukkan dalam piping bag dan paipkan ke atas kek cawan


 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

Monday, April 07, 2014

FRIED RED SNAPPER IN TAMARIND SAUCE/ IKAN MERAH MASAK ASAM


Saya memang tak tahan godaan kalau dengan masak asam macam ini. Biasanya akan terkenang masa zaman  berpantang. Inilah resipi yang selalu disediakan..kalau tak ikan tenggiri..ikan haruan. Resipi mudah menyelerakan dan kadang-kadang tak perlu lauk lain cukup ini sahaja.



Ikan Merah Masak Asam
Prep time

Cook time

Total time


2 -3 keping ikan merah atau tenggiri yang digoreng garam kunyit
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 biji cili hijau dipotong menyerong
2 biji cili merah dipotong menyerong
minyak untuk menumis

Bahan Tumis
5 ulas bawang putih dihiris nipis
2" halia dihiris nipis

Bahan sos
1/2 cawan jus asam jawa
2 sdb kicap pekat
2 sdb kicap cair
sedikit gula


Panaskan minyak lebih kurang 3 sdb
Tumis bawang putih dan halia sehingga naik baunya
Masukkan air asam jawa, kicap pekat, gula dan kicap cair
Tambah air jika hendak berkuah.
Masukkan ikan biar seketika
Bila agak2 hendak angkat masukkan hirisan cili dan bawang besar.



 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

MASALA CHICKEN - AYAM MASAK MASALA


Lauk yang enak dimakan bersama pelbagai jenis nasi...sedap dengan nasi tomato. nasi minyak..briyani mahupun nasi putih. Diinspirasikan dengan masakan Arab yang banyak menggunakan "cumin" jintan putih saya olahkan sedikit dengan memasukkan sedikit ketumbar dan serbuk cili supaya ia kelihatan lebih pedas dan merah sedikit.

Untuk menambahkan aroma masakan boleh dihiris-hiriskan daun ketumbar dan masukkan apabila kuah sudah agak kepekatan sedikit.



Masala Chicken
Prep time

Cook time

Total time

1 ekor ayam dibelah 12 atau 16 (bersihkan dan tos)
3 biji ubi kentang dibelah 4
2 tangkai daun ketumbar
2 biji tomato dibelah 4
1/2 cawan susu cair
1 biji bawang besar dihirs halus
1 kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 bunga lawang
1 tin kecil tomato puri - paling kecil
1 senduk makan minyak masak (1/2 pun boleh)

Bahan-bahan tumis
1 packet kecil serbuk jintan putih
3 sdb serbuk ketumbur
2 sdb serbuk cili
1" halia *
5 ulas bawang putih *
7 ulas bawang merah *

Blend bahan * dan gaul dengan bahan tumis sehingga menjadi pes basah.


Cara Membuatnya
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar yang dihiris
Masukkan rempah kering dan tumis sehingga kekuningan
masukkan bahan tumis dan tumis sehingga naik baunya dan agak garing sedikit.
Masukkan tomato pes..dan air anggaran 3 cawan.
Renehkan seketika baru masukkan ayam dan ubi kentang
Biar di atas dapur sehingga ayam dan ubi agak empuk.
Masukkan garam dan susu cair.
Masukkan daun ketumbar dan biarkan sehingga naik minyak.
Akhir sekali masukkan tomato buah...


 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...