Pages

Monday, November 09, 2015

CHOCOLATE COVERED OREO - AS DOOR GIFT


Saya siapkan ini untuk majlis harijadi. Katanya sebagai door gift dan hendak diletak di Candy Bar, dan saya diminta untuk membuat individua packing bersesuaian dengan tema majlis Safari Night jadi  pilihan tuan rumah ialah zebra so my edible print saya guna konsep zebra

Mudah menyediakan chocolate covered oreo ini, tidak perlu resipi, chocolate dicairkan kemudian dicelup dalam oreo, lepas itu dicorakkan dengan design yang diingini. Saya letakkan edible print dan sebahagian lagi saya drizzle dengan hite chocolate. Untuk mendapat bentuk yang kemas saya gunakan acuan chocolate.


Selamat  mencuba







Thursday, November 05, 2015

BROWN SUGAR GIANT CHOCOLATE CHIPS COOKIES


Chocolate Chips cookies yang ranggup. Resipi basic cuma saya masukkan 1 sdb tepung jagung untuk menambahkan kerangguppannya. Cookies ini boleh dibentukkan kecil mahupun besar. Untuk kali ini saya  membuatnya besar sesuai untuk permintaan sebagai door gift birthday party.



Brown Sugar Giant Chocolate Chips Cookies

  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 cawan gula pasir perang
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan tepung
  • 1 sdb tepung jagung
  • 1/2 sdt baking soda
  • 1 biji telur
  • 1 cawan chocolate chips
  • 1/2 sdt garam
Cara Menyediakannya

  1. Pukul gula dengan mentega lebih kurang 3 minit
  2. Masukkan telur dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung yang dimasukkan tepung jagung, garam dan baking soda
  4. Akhir sekali masukkan vanilla dan chocolate chips
  5. Sudukan adunan kedalam dulang pembakar, buat cara drops
  6. Bakar pada suhu 180 c selama 15 - 20 minit.
  7. Sejukkan dan simpan dalam air tight container
Notes

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

Wednesday, November 04, 2015

JELLY ROLL FRENCH TOAST


Satu cara untuk menggunakan roti putih yang hampir kepada tarikh luput. Saya guna cara French Toast untuk membuat roti gulung ini. Boleh disalut dengan nestum, breadcrumb ataupun gula kayu manis, begitu juga jem  juga boleh digantikan dengan cokolat atau kastad.





Jelly Roll Baked French Toast

  • 8 keping roti
  • 2 biji telur
  • 3 sdb susu
  • 1/3 cawan gula
  • 1 sdt serbuk kayu manis
  • 1 cawan serbuk nestum
Directions

  1. Buangkan bahagian tepi roti
  2. Lenyekkan roti dengan pengelek dan sapukan roti dengan jem pilihan
  3. Pukul telur dan susu dan masukkan serbuk kayu manis dan gula
  4. Celup roti dalam adunan telur dan saut dengan nestum
  5. Panaskan ven dan bakar selama 20 minit


    Notes


    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    Tuesday, November 03, 2015

    CHICKEN EGGS KORMA / KORMA AYAM DAN TELUR


    Resipi korma yang mudah disediakan, bertambah mudah dengan adanya rempah korma yang siap. Saya menggunakan rempah korma Baba's.  Ayamnya saya goreng dahulu, boleh juga dimasukkan begitu sahaja. Untuk menambah aroma korma ini saya masukkan hirisan daun ketumbar. Lauk ebegini sedap dimakan bersama nasi putih ataupun apa jenis nasi seperti nasi minyak atau nasi tomato.

    Kurma Ayam & Telur

    • 5 ketuk peha ayam (goreng garam kunyit0
    • 3 biji telor yang telah direbus dan dikupas.
    • 1 keping asam gelugor/asam keping garam 
    • gula secukup rasa
    • 1/2 cwn minyak untuk menumis
    • 1 paket kecil rempah kurma
    • 2 tangkai daun ketumbar (potong 3)
    • 1/2 cawan susu cair
    • 1 keping asam gelugor/asam keping garam 
    • 1 cawan air
    Bahan Blend
    • 7 ulas bawang merah *
    • 3 ulas bawang putih *
    • 2 cm halia 
    Bahan Tumis
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 1 kuntum bunga cengkih
    • 2 biji buah pelaga
    • 1 inci kulit kayu manis
    • 1 biji bawang besar dihiris nipis
    Cara Menyediakannya
    1. Panaskan minyak dalam periuk,tumiskan bawang bear hiris, rempah 4 sekawan (kayu manis, lawang, cengkih & pelaga) dan masukkan bahan kisar.
    2. Kacau hingga naik bau. Masukkan rempah kurma dan tumis lagi.
    3. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau rata
    4. Perlahankan api dan masak hingga pecah minyak.
    5. Masukkan ayam goreng, telor, daun ketumbar dan masak hingga mendidih.
    6. Masukkan susu cair,kemudian masukkan asam keping, gula dan garam.
    7. Masak hingga naik minyak dan kuah agak pekat. Tutup api dan siap bolehlah dihidangkan.

    * boleh gantikan susu cair  atau santan, tambah air jika ingin berkuah
    Notes


    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    Monday, November 02, 2015

    AYAM MASAK SAMBAL


    Bosan dengan kari? bosan dengan sup? ayam masak sambal ini cukup sesuai jika inginkan lauk yang tidak berkuah. Bahan yang digunakan juga mudah, cili kering, bawang putih, bawang merah, halia itu aje dan paling penting lauk ini sungguh menyelerakan.

    Untuk resipi yang sama juga boleh digunakan untuk ikan atau daging.



    Ayam Masak Sambal

    Bahan-bahannya:
    • 1/2 ekor ayam - dicuci, digaul dgn garam kunyit dan digoreng hingga masak
    • 1 sudu makan asam jawa - dicampur dengan 1 cawan air
    • 1 biji bawang besar - dipotong bulat2 batang serai - dititik
    • garam
    • serbuk perasa

    Bahan tumbuk blend:
    • 25 tangkai cili kering
    • 1 inci halia
    • 1 biji bawang besar
    • 3 ulas bawang putih

    Cara-caranya:
    1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan blend dan serai hingga wangi.
    2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
    3. Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
    4. Masukkan bawang besar, garam dan serbuk perasa. Gaul rata.
    5. Masukkan ayam. Gaul rata hingga bawang besar layu.
    6. Tutup api. Hidangkan.

    Notes

    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...