Wednesday, January 11, 2017

SOFT MOIST BANANA CAKE/ KEK PISANG SEDAP


Kata orang tak perlu kata apa-apa...memang sedap kek ini lembut moist gebu dan cara mudah dan cepat untuk disediakan jika ada tetamu tergempak mengunjungi kita..ha...ha jika pisang ada dan ramuanya pula rasanya senentiasa ada di gerobok dapur

Resipi sedap ini saya ambil dari blog Azlita Masam Manis....I LIKE and sudah tentunya keeper


Kek Pisang Sedap
  • 4 biji telur gred A
  • 8 biji pisang emas ~ 7 biji dilecek dan sebiji di hiris nipis untuk hiasan
  • 1 cawan gula kastor atau gula halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan buttercairkan atau minyak jagung
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
  • sedikit garam

 Cara-Cara

  1. Mula-mula kita kena panaskan oven dahulu pada suhu 170C
  2. Oven hendaklah di panaskan 15 minit sebelum memasukkan kek ke dalamnya
  3. Campurkan tepung gandum bersama baking powder dan kemudian di ayak, ketepikan
  4. Pisang di lecek lumat. Tinggal baki 1 biji untuk hiasan
  5. Campurkan garam dan juga soda dalam pisang lecek dan gaul rata, ketepikan
  6. Dalam bekas pemutar, putarkan telur bersama gula dan esen pisang hingga kembang
  7. Kemudian tuangkan butter cair dan gaul rata 
  8. Tuangkan adunan pisang ke dalam adunan telur dan kaup balik rata
  9. Kemudian masukkan tepung dan kaup balik adunan sempurna 
  10. Sediakan loyang ukuran 9 inc, alas loyang dengan kertas pembakar dan sapukan loyang dengan sedikit butter
  11. Tuangkan adunan ke dalam loyang
  12. Hiaskan atas adunan dengan kepingan pisang yang di hiris nipis
  13. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 45 minit atau sehingga kek telah masak dengan sempurna.
  14. Cucuk tengah kek dengan lidi untuk pastikan kek telah masak. Jika lidi keluar kering maknya kek telah cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.

    Notes


    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.



    1 comment:

    Junaidah Junadi said...

    Alhamdulillah sy dah buat resepi kek pisang ni... sedap dan tidak manis...

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...