Thursday, January 12, 2017

PATY'S ROAST CHICKEN


This is not thanks giving, neither Christmas or Turkey...ha...ha ini cuma ayam panggang resipi saya, buat makan-makan di rumah. Aroma ayam panggang ini datangnya dari daun basil dan sos ikan digunakan untuk menaikkan rasa.

Manis ayam datang dari sayuran yang turut dipanggang, kentang labu carrot dan bawang besar. Minyak zaiton dan madu helps menjadikan ayam ini so...so juicy. Ayam panggang ini sedap dihidangkan bersama butter rice


Paty's Roast Chicken

  • 1 ekor ayam
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 cawan basil
  • 1 inci halia
  • 1 sdb  serbuk jintan putih
  • 2 sdb paprika
  • 2 sdb serbuk cili
  • 1 sdb serbuk kunyit
  • 2 sdb gula perang 
  • 3 sdb olive oil
  • 3 sdb madu
  • 2 sdb jus limau/lemon pun boleh
  • 3-5 biji kentang (buang kulit dan potong 4)
  • 1/4 biji labu kuning dipotong dadu
  • 2 biji bawang bombay potong 4
  • 6 biji baby karot 
  • 1 sdb sos ikan


Cara-cara

  1. Blend bawang putih halia,daun basil sehingga halus
  2. Masukkan serbuk jintan putih, paprika serbuk cili serbuk kunyit, madu gula merah sos ikan dan minyak zaiton
  3. Masukkan garam dan gaul rata
  4. Dalam dulang pembakar sapu sedikit minyak zaiton letak sayuran kentang carrot bawang besar dan labu masukkan satu sdb minyak zaiton dan gau rata
  5. Letak ayam diatasnya dan lumur ayam dengan bahan blend tadi
  6. Tinggalkan sedikit bahan blend untuk disapukan diatas ayam pada separuh masa pembakaran. 
  7. Panaskan ketuhar 180 darjah. Bakar 1/2 jam dan keluarkan ayam dan sapu baki bahan blend tadi dan bakar semula sehingga ayam masak atau lebih kurang 40 minit lagi

    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    2 comments:

    adda syuhada said...

    sedapnyer..

    Rosdi Eunos said...

    Kalau saya makan ayam ngan sayurnya aje dah cukup, mesti habis separuh.. hehe...yummy,

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...