Pages

Tuesday, February 07, 2017

TALAM CUSTARD PULUT HITAM


Kue ini adalah favourite arwah umi, suka sekali arwah membuat kue ini. Rasanya memang sedap ha..ha boleh dikatakan dua rasa dalam satu kue, bahagian bawah terasa macam bubur pulut hitam manakala bahagian atas rasanya macam kastad. Jika meminati pandan boleh dimasukkan pandan flavor. Cara membuat seperti membuat seri muka.

Termasuk dalam kategori kue Melayu makanya sesuai buat sarapan pagi, minum petang ataupun hidangan majlis





Talam Kastard Pulut Hitam

    LAPISAN BAWAH:

    • 2 cawan beras pulut (500g)
    • 1 cawan pulut hitam (100g)
    • 3 cawan santan kemancar (380ml)
    • 1 sudu kecil garam
    • 1 sudu teh gula

    Cara Membuatnya :

    1. Pulut hitam dibersihkan dan direndam sebentar kira-kira 30 minit Kemudian toskan
    2. Rendam pulut biasa dalam air sejuk lebih kurang 1 jam juga. Kemudian toskan.
    3. Gaulkan pulut hitam bersama pulut puteh. Kemudian masukkan kedalam loyang yang telah dialas dengan plastik. Ratakan.
    4. Satukan santan, garam dan gula. Masukkan santan cair ini keatas pulut, ratakan.
    5. Kukus selam 20 minit sehingga pulut kembang.
    6. Bila sudah kembang - karehkan. Kemudian padatkan semula pulut tadi. Ketepikan.



    LAPISAN ATAS:
    • 4 biji telur ayam gred A
    • 5 helai daun pandan -blander dengan 100ml air biasa
    • 3 1/4 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa (550ml)
    • 1/2 cawan tepung gandum - cap sauh ( 115g)
    • 1/4 cawan tepung ubi (50g)
    • Secubit garam
    • 1 3/4 cawan gula pasir (380g)
    • Sedikit pewarna hijau

    Cara Membuatnya :
    1. Campukan kesemua bahan diatas kecuali gula.
    2. Kacau sebati dan tapiskan kedalam periuk, masukkan gula dan sedikit pewarna hijau.
    3. Masakkan diatas api yang perlahan sehingga naik wap.
    4. Kemudian tuangkan diatas lapisan bawah. (lapisan bawah mestilah masih panas...kalau telah sejuk , kukuskan semula atau bancuhkan 1 sudu makan tepung jagung + 2 sudu makan air. Sapu rata diatas pulut dan kukus sebentar).
    5. Tuangkan adunan hijau tadi diatas pulut dan kukus semula dengan api sederhana perlahan selama 30 minit.
    6. Bila telah masak...ketepikan dan sejukkan
    7. Potongkandan sedia untuk dihidang....
      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you wa
      nt to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      No comments:

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...