Pages

Monday, February 06, 2017

NASI KERABU RINGKAS




Saya jarang sekali makan nasi kerabu apa tah lagi membuatnya tapi baru ni bercuti di Janda Baik saya berkesempatan menikmati breakfast di kampung sekitar Janda Baik. Masyallah Nasi Kerabunya hebat sekali, sedap sungguh terutama sambalnya memang boleh buat kita teringat-ingat. Jadi balik saya google untuk mendapatkan resipinya. 

Saya buat yang ringkas aje tanpa solok lada, tapi engkap dengan sambal kelapa dan kuah tumisnya. Biasanya untuk lauknya kita ada pilihan samada daging panggang, ikan goreng atau ayam goreng, saya pilih ayam goreng dan merasa puas bila dapat buat sendiri



Nasi Kerabu


    UTK NASI
    • 3 cawan beras
    • 4 cawan air @ bergantung pada beras yg kita guna
    • 1 batang serai dketuk
    • 10 kuntum bunga talang - ditumbuk dan dperah airnya.
    • sedikit pewarna biru
    Beras dbersihkan dan dimasak seperti biasa bersama2 serai, air bunga talang dan pewarna biru.

    Utk Sambal Kelapa/Ikan
    • 1/2 biji kelapa parut - ditumbuk sedikit
    • 2-3 ikan kembung/selayang - dipanggang
    • 4 ulas bawang merah
    • 1.5cm halia
    • 1 batang serai - hiris
    • 1 sudu kecil lada hitam
    • garam dan gula secukup rasa


    Tumbuk bawang merah,halia,serai dan lada hitam.kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk sampai lumat.
    Kemudian campurkan ngan kelapa parut dan disangai ngan api yg kecil sehingga agak kering dan berderai.

    Utk Kuah Sambal
    • *5 batang cili kering
    • *5 ulas bawang merah
    • *2 ulas bawang putih
    • *2 inci belacan- bakar dulu
    • *1.5 inci halia
    • 1 batang serai - titik
    • gula merah n serbuk perasa jika suka
    • 2 cawan santan
    • asam keping
    • garam


    1. Tumbuk bahan yg bertanda *.
    2. Didihkan santan hingga pecah minyak n pekat.
    3. Masukkan bhn tumbuk, serai, gula merah dan asam keping.
    4. lagik hingga kuah agak2 pekat n kering.
    5. suaikan rasa dan angkat.

    Utk Solok Lada
    10 biji lada hijau - potong jgn putus n buang biji
    1/2 biji kelapa parut putih
    4 ulas bawang merah
    1.5 cm halia
    lada itam skit
    2-3 ekor ikan kembung - ambil isi sahaja
    sedikit garam,gula dan perasa


    1. Tumbuk bawang,lada itam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
    2. tumbuk lagik hingga lumat.
    3. campurkan ngan kelapa parut dan sebatikan.
    4. sumbatkan ke dalam lada hijau. susun ke dalam periuk kukus.
    5. kukus hingga masak. * Akak rebus dgn santan.

    Ulam-ulaman & bhn lain


    • kacang panjang -
    • taugeh
    • timun
    • daun kesum
    • kubis
    • bunga kantan
    • telur masin
    • keropok ikan
    • sambal belacan
    • Bahan-bahan (sambal) 5-6 orang
      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you wa
      nt to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      No comments:

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...