Pages

Thursday, January 19, 2017

KAMBING PERAP / LAMB SLICE


Kambing perap ini sebenarnya tidak mempunyai resipi khas bak kata orang dolu-dolu main agak-agak dan main campak aje  sungguhpun gitu penting untuk mengetahui bahan apa yang hendak digunakan. Paling mudah ialah, lada hitam sos tiram dan cili sos dan jika suka boleh diletakkan sedikit madu. Bahan-bahan ini digaulkan bersama kambing dan diperap sekurang-kurangnya 3 jam dan sebaik-baiknya semalam. Boleh dipanggang oven mahupun bakar cara bbq. 

Kadangkadang penggunaan bahan simple juga boleh diolah menjadi...bak kata adik saya kita buat dia dan jika inginkan pedas boleh dimasukkan paprika. Lelehan air dari kambing panggang ini sedap dibuat sos


Kambing Perap

    • 1 labu bawang putih
    • Segenggam lada hitam
    • Sos Cili
    • Sos Tiram

    CARA – CARA :


    1. Goreng bawang putih dan lada hitam dalam sedikit minyak.
    2. Tumbuk bawang putih dan lada hitam yang siap digoreng, masukkan minyak gorengan sekali.
    3. Lumurkan bahan tumbuk pada daging kambing / lembu / ayam yang siap dicuci.
    4. Masukkan sos cili dan sos tiram. Gaul rata.
    5. Perap minimum 30 minit. Kalau lagi lama perap lagi sedap.
    6. Dah siap perap tu bolehlah nak bakar ke panggang ke guna oven ke guna pemanggang ajaib ke guna arang ke, ikut suka masing-masing. Kot nak goreng pun boleh.
    7. * Boleh juga tambah serbuk paprika jika suka pedas.

    Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      No comments:

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...