Pages

Monday, January 16, 2017

TEPUNG GOMAK INTI KELAPA



Lebih inti dari kue koci saya buat tepung gomak ni. Buatnya sedikit aje sebab cuma saya seorang sahaja yang tahu memakannya . Kedua tekak memang dah lama kepingan kue ini. Sekarang ini susah juga hendak mencarinya, mungkin di kawasan yang saya diami tak berapa hendak ada. Selain dari inti kelapa kacang hijau juga sedap dijadikan intinya.


Kuih Tepung Gomak

Bahan untuk menyalut kuih(abuk2):

500g kacang hijau

Cara penyediaan:
  1. Basuh dan toskan kacang hijau.
  2. Goreng kacang hijau sehingga kekuningan dan diangkat.
  3. Kisar kacang tadi dengan menggunakan pengisar kering. Kisar sekejap sahaja untuk membuang kulitnya dahulu. Tampi untuk membuang kulit kacang yang tertanggal.
  4. Kemudian barulah kisar kacang tersebut sehingga hancur dan menjadi tepung. Ayak kacang supaya mendapat tepung yang halus. Lakukan mengisar kacang sehingga semuanya habis.
  5. Simpan didalam bekas sebelum digunakan untuk menyalut kuih.


Bahan inti:
  • 1 biji kelapa parut
  • 200g (2ketul) gula melaka atau gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir @ secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Secubit garam
  • 1 helai daun pandan
  • Air.

Cara penyediaan:
  1. Masak gula melaka, gula pasir, sedikit garam dan daun pandan bersama air sehingga gula hancur. Angkat dan tapiskan.
  2. Masukkan kelapa,tepung gandum ke dalam air gula tadi. Kacau sehingga inti masak dan sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
  3. Untuk memudahkan kerja, bulat2kan inti terlebih dahulu dan ketepikan.


Bahan kuih tepung gomak:
  • 500g tepung pulut
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Bancuh/gaulkan tepung pulut dengan air yang telah dicampur sedikit garam(sesedap rasa) sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati/kental . Buat sama macam bancuhan kuih buah melaka.
  2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan. Masukkan inti dan bulatkan serta leperkan semula.
  3. Masakkan air, setelah mendidih masukkan kuih dan masak sehingga kuih timbul(naik ke atas) barulah diangkat.
  4. Kemudian gaulkan dengan tepung kacang hijau sehingga menyaluti kuih dan bolehlah dihidangkan.



      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      No comments:

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...