Ramai kekawan dan cuba resipi ini. Saya ambil dari kongsi resipi. Biasanya kalau roti dan close to expiring date saya lebih suka membuat pudding roti,, kali ni saya try buat bingka...perghhh memang sedap dan lebih sedap bila saya lelehkan sedikit butterscotch. Resipi sedap ini sedap dibuat minum petang
Bingka Roti
- 5 keping roti gardenia
- 2 biji telur - pukul sikit
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 sudu kecil garam
- 400ml santan
- 100 ml susu segar / susu cair
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara
Carik -
carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sekejap.
Satukan susu
segar@susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis. Boleh juga
blender semua bahan dan tak perlu ditapis.
Tuang ke no
1 dan masukkan esen vanila dan gula pasir. Kacau sebati.
Jika ada
bekas bingka, tuang kedalam bekas bingka yang telah dilengser dan bakar atas
api perlahan selama 1 jam.
Mas guna
bekas bekas kek chiffon, Mas sapukan minyak dan taburkan sedikit tepung gandum
pada bekas kek chiffon tu dan tuang adunan bingka dan bakar dalam oven yang
dipanaskan 170 c bergantung pada saiz oven, selama 45 minit dengan api atas
bawah.
Jika atas
bingka dah cantik keperangan@ kecoklatan masa tengah bakar, boleh tukar api
bawah sahaja. Bergantung pada jenis oven. Kena perhatikan juga masa bakar..
Biarkan
sejuk baru terbalikkan dan potong. Selamat mencuba...
Notes
No comments:
Post a Comment