Pages

Tuesday, March 17, 2015

SWEET POTATO BALLS / BEBOLA KELEDEK


Kalau kita selalu ke Cameron Highland bebola keledek ini memang banyak dijual di sana. Mungkin kerana di sana mudah mendapat keledek segar dari lereng-lereng bukit. Bebola ini juga tearkenal di Petaling Street KL dan saya pernah memakan bebola yang sama di Phuket dan Bangkok Thailand. Sedap bebola ini ranggup and sometimes could be "addictive", susah hendak berhenti kalau dah mula memakannya.

Untuk mendapatkan tektur yang chewy saya campurkan tepung pulut dan tepung beras. Bebola ini sedap dimakan panas-panas.


Bebola Keledek
  • 450 g keledek direbus dan dilecek
  • 1/2 cawan tepung pulut
  • 3/4 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sdt baking powder
  • Minyak secukupnya untuk deep fry

Cara Menyediakannya
  1. Satukan semua bahan sehingga menjadi doh lembut
  2. Jemput-jemputkan seperti bebola kecil
  3. Goreng cara deep fry sehingga kekuningan
  4. Bebola akan timbul jika sudah masak 


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...