Pages

Tuesday, March 24, 2015

NASI AYAM PENYET PATYKITCHEN


Menu popular dari Pulau Jawa ini saya buat cara saya, cara yang saya pelajari dari pembantu rumah saya. Menyediakanya cukup mudah, stepnya lebih kurang kita menyediakan nasi ayam kita. AYm direbus kemudian digoreng, air rebusan ayam digunakan untuk sup dan memasak nasi. Sambalnya adalah penting dan cukup unik, lauk samping dan sayuran pula mengikut selera kita dan bersesuaian dengan nasi.

Penyediaan ayamnya pula saya buat cara menyediakan ayam kelasan, ayam direbus bersama bumbu khas kemudian digaulkan dengn tepung beras lalu digoreng, ayam jadi ranggup dan sedap. Untuk sambalnya pula saya kekalkan resipi asalnya menggunakan belacan, ikan bilis goreng, cili dan tomato. Sambal ini wajib dikekalkan keasliannya kerana yang menyebabkan nasi ayam penyet sedap ialah sambalnya.

Untuk ulamannya saya lebih senang dengan kangkong celur, tapi jika suka boleh disajikan juga timun, tomato, kacang panjang dan kobis mentah. Apapun caranya Nasi Ayam Penyet penting bagi kita untuk penyetkan ayamnya begitu juga tahu dan tempeh gorengnya. Biasanya untuk memeyetkan ayam digunakan alat khas tapi kalau sudah tak ada penyet dengan lesung pun boleh.



Nasi Ayam Penyet


1 ekor Ayam Segar dipotong 2 atau 4.

Bahan untuk sup & stok nya
1 batang serai
3 biji rempah bunga lawang
1.5 inch halia
4 ulas bawang putih
1 kuib knorr ikan bilis
4 helai daun salam
 sdt erbuk ketumbar
1 sdt serbuk jint1n m1ni
1 sdt serbuk jint1n putih
Air secukup untuk rebusan

Cara2nya

Bersihkan ayam, ikut citarasa - potong 2 atau 4. Panaskan air di periok yang besar kalau hendak meletakan ayam seekor. Letakan garam secukup rasa,halia,bawang putih yang dititik rempah bunga lawang, serai dan daun salam dan serbuk rempah kedalam periok bersama 1 kuib Knorr (Ikan Billis). Masukan ayam kedalam biarkan ia masak selama 15 atau 20min hingga mendidih. Keluarkan ayam, toskan dan tepikan. Gunakan tapisan kuah air rebusan di bahagikan dua, satu untuk sup dan satu untuk dimasukan kedalam nasi nya. Untuk supnya tambahkan,bawang goreng dan duan sup.Letak 1 biji rempah bunga lawang. Panaskan supnya hingga mendidih.

Bahan untuk Nasi nya.
800 gm beras - direndam untuk 20mins
1 inch halia
4 ulas bawang putih
4 - 5 cawan air rebusan ayam
2 helai daun pandan
1 batang serai


Letakan 5 cawan kuah stok rebusan ayam kedalam periok. Letakan beras  yang sudah direndam dan letakan halia dan bawang putih,serai yang dititik, kepingan ayam (lehernya dan lemak2 nya. Seikat daun pandan. Garam secukup rasa.

Untuk Gorengan Ayam

6 sdb tepung beras
6 sdb tepung jagung

Gaulkan bersama ayam dan goreng sehingga maak dan kekuningan.


Bahan untuk sambal nya
3 biji limau nipis kasturi
7 biji cili merah
7 biji cili padi
2 biji tom2to
1" belacan digoreng dahulu
2 sdb ikaan bilis digoreng dan dikisar
3 sudu teh cuka & jus limau
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Garam & gula secukup rasa

Semua bahan kecil ikan bilis dan ju limau digoreng dahulu, kemudian ditumbuk halus. Masukkan ikan bilis goreng, jus limau dan garam secukup rasa


Untuk Sambal Terung

2 batang terung paang dihiri dan digoreng garam kunyit.
15 tangkai cili kering direndam
1 biji bawang besar

Cili dan bawang besar diblend halus
Panaskan minyak dan tumi sbahan blend sehingga garing. Masukkan garam dan gula sedikit. Akhir sekali masukkan terung yang digoreng. Balik-balikkan dan angkat.

Terung dan empe digoreng kemudian dipenyetkan
Kangkung dicelur.


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...