Pages

Friday, March 13, 2015

SAMBAL TOK-TOK CIK LIN


Sambal ini sebenarnya ada ceritanya. Rasanya sambal ini sambal orang Johor kot..diperkenalkan kepada saya oleh teman sebilik saya semasa di Universiti, bernama Lin, orang Johor ha..ha so sebagai ingatan dan setiap kali makan sambal ini maka ingatan pasti kembali pada zaman kampus dan Cik Lin kita.

Inilah lauk kami kalau kegawatan...hmmm bila pokek sudah kempis. Masayallah masa itu ikan bilis murah boleh dikatakan makanan bajet ler..tapi sekarang dah terbalik ikan bilis begitu mahal sekali.  Apa pun sambal ini memang "addictive" kalau dah makan susah hendak berhenti. Sambal ini boleh disediakan dengan dua cara. Samada semua bahan digoreng dahulu baru ditumbuk atau pun semua bahan ditumbuk dahulu baru digoreng. Kedua-dua cara tetap menghasilkan sambal yang enak.

Paling sedap makan dengan nasi panas dan sup..perghhh..memang mantop.

Print
Sambal Tok-Tok Cik Lin
  • Segenggam ikan bilis (direndam seketika)
  • 25  tangkai cili padi
  • 1 biji bawang merah (hiris)
  • 1 inci belacan
  • Minyak utk menggoreng
  • Garam & sedikit gula
  • Limau kasturi -ikut suka
  • 3 sdb minyak masak


 Caranya:

1. Tumbuk kesemuanya tumbuk kasar ikan bilis 
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan
3. Tumis sehingga garing dan masukkan garam dan sedikit gula
4. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda


Recipe Source : PATYSKITCHEN

© PATYKITCHEN ! All images & content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-create the recipe, snap YOUR OWN PHOTO and re-write the recipe in YOUR OWN WORDS, or link back to this post for the recipe.


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...