Resipi ini bukan sahaja tunanya yang meleleh...tapi kita yang makan ni juga boleh tangkap leleh..ha..ha... dalam erti kata lain...memang enak...sekali cuba pasti hendak lagi. Mudah membuatnya dan merupakan satu cara baru mempelagaikan dunia sandwich.
2 perkara menarik mengenai sajian ini ialah satu, garlic butter yang meresap dalam roti dan keduanya cheese yang meleleh pada tuna...perghhhhh its heavenly delicious !!!!
GARLICKY TUNA MELTS
INGREDIENTS
- 1 roti Perancis diahagi 4 dan belah dua
- 3 sd mentega
- secubit garam
- 1 ulas bawang putih dicincang
- 1 tin tuna ditoskan airnya
- 2 sdb mayo
- 1 biji bawang besar dicincang
- 7 biji cili padi dihiris halus
- garam dan lada sulah secukupnya
- 2 cawan ceddar cheese
INSTRUCTIONS
Satukan tuna, mayo, bawang cili padi, garam dan lada sulah |
Potong roti kepada empat dan belah dua |
Mentega dicairkan bersama bawang putih cincang |
Sapukan mentega pada roti |
Letakkan tuna dan taurkan ceddar cheese dan bakar 7 minit |
Resipi Source :- PATYSKITCHEN
No comments:
Post a Comment