Saya harus akui seketika dulu saya memang begitu addicted to Poori ni. Biasanya terjadi dalam bulan Ramadan..pelik tetapi benar..Setiap kali selepas solat terawih saya pasti akan singgah Restuarant Subaidah Sungai Petani..kena satu set Poori, Potato Bhaji dan secawan teh tarik..ha..ha..baru balik rumah...Baru rasa complete. Boleh dikatakan sepanjang bulan Ramadan itulah routine saya.
Memang suka sekali..tetapi sekarang ni dah berhijrah dan lalu ke masjid atau laluan ke ofis sudah tidak menempuhi restuarant Indian atau Mamak maka ketagihan itu sudah berkurangan..tetapi bila kekawan mula buat tayangan perdana tentang Poori ini maka keinginan itu datang kembali...ha..ha...tetapi kali ini tidaklah tenggek kedai mamak..tatpi buat sendiri..kerana membuat Poori adalah process yang paling mudah..mudah jika dibandingkan dengan roti2 yang lain. So jom layan Poori..anda pasti suke.
Kali ini saya sajikan Poori dengan dalca lebihan semalam. Gandingan mantap Poori ada Potato Bhaji...tetapi dek sayang leftover dalca..so I just made used of it. Untuk Potato Bhaji..in my next entry I will show how the process..in the interim learn to make this fabulous So Fluffy Fried Bread.
Bahan-bahanya
1.5 cawan
tepung atta
1 sdb minyak
masak
1/2 cawan air suam
garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk Menggoreng
Cara Membuatnya
- Satukan tepung dan garam.
- Masukkan minyak dan air suam. Gaul rata dan uli
3. Tutup dengan kain dan rehatkan doh selamat 30 minit.
4. Panaskan Minyak dalam kuali. Minyak kena panas betul2
5. Bulat-bulatkan doh..bahagai sama besar.
6. Canaikan doh. Biasanya lebih kecil dari capati tetapi lebih tebal sedikit
7. Goreng dalam kuali panas. Poori akan gelombong naik..Balik-balikan dan angkat
© Patyskitchen. All images & content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write
1 comment:
Saya pun suka roti puri cicah kuah dhal...semalam baru buat tapi tak sempat snap gambar pon... sedap kan...
Post a Comment