Krim puff ada choux pastry. Terdapat banyak resipi krim puff ni ada yang menggunakan majerin..mentega dan ada juga yang menggunakan minyak. Mula-mula membuat cream puff memang agak mengecewakan. Kerap kali puff yang mula-mula mengembang akan mengecut dan turun. Krim Puff sepatutnya mengembang...dan dalamanya seharus kering dan ringan. Puff yang cantik sepatutnya berongga di dalam...ha..ha..so bagaimana menghasilkan puff sedemikian. Rahsianya terletak kepada teknik-teknik berikut :- Adapted from Chef Azli.
1. Ratio antara air, butter dan tepung
Sukatanya harus betul. Biasanya saya menggunakan sukatan mudah seperti berikut :
1/2 cawan mentega
1 cawan air
1 cawan tepung
4 biji telur
2. Teknik membancuh
Ikhsan Google |
Teknik ketika anda membancuh tepung dengan cecair (mentega yang dicampur air) perlu diberi perhatian. Anda perlu memasukkan tepung apabila cecair itu mendidih.
Ikhsan Goggle |
Pastikan merjerin atau mentega telah sepenuhnya cair dalam air. Ketika masukkan tepung, kacau dengan cepat
Ikhsan Goggle |
Jangan biarkan air terlalu lama mendidih kerana ini akan mengurangkan air dan membuatkan adunan anda menjadi terlalu keras. Tepung yang bercampur perlu kelihatan kental dan tidak terlalu cair.
Kacau tepung sehingga ia kurang melekat di sekeliling periuk atau kuali. Sekiranya terlalu cair anda perlu mencampurkan sedikit lagi tepung dan masak lagi supaya airnya dapat disejat.
3.Teknik Memasukkan Telur
Ikhsan Google |
Adunan tepung seharusnyasejuk dahulu sebelum anda campurkan dengan telur. Pastikan ia betul-betul sejuk. Fungsi telur dalam choux pastry membantu cream puff anda naik dan membentuk rongga di dalamnya.
Ikhsan Goggle |
Adunan yang betul boleh dilihat apabila choux pastry yang
dipaip dapat mengekalkan bentuknya sebelum dibakar. Anda perlu merenjiskan
sedikit air pada choux pastry.
Fungsi air untuk menghasilkan wap air yang dapat membentuk
rongga dalam choux pastry.
3. Teknik Membakar
Akhir sekali, bakar choux pastry dengan suhu 220 C
pada 15 minit awal pembakaran.
Suhu yang tinggi ini akan menukarkan air kepada wap yang
akan membentuk rogga dalam choux pastry anda nanti. Kemudian turunkan suhu ke
190 C dan teruskan membakar selama 15 minit lagi.
Jangan sekali-kali membawa
keluar choux pastry sebelum ia cukup keras dan masak. Ini akan menjatuhkan
choux pastry dan jangan sekali membuka oven ketike choux pastry tengah memasak.
Ikut teknik insyallah choux pastry anda akan cantiklah kejadianya.
SELAMAT MENCUBA.
5 comments:
Thanks kak Paty kongi tips pernah buat sekali fail tak berongga ,suhu jugs memsinksn peranan kan
thanks kak Paty.. good info, banyak kali buat tp tak jadi, hinggalah saya jumpa resipi yg betul.. ni dh ada tips, boleh la dipraktikkan..
Terima kasih di atas perkongsian
ingin cuba nanti..terima kasih sis
salam perkenalan..
jemput ke blog :)
Bagaimana cara mengelakkan puff daripada melekat pada baking paper dan berlubang?
Post a Comment