Pengalaman yang menarik menyiapkan kek ini. Menariknya..kek ini tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkanya. Biasanya wedding kek mengambil 3-4 hari untuk menyiapkannya..yang ini saya cuma mengambil masa sehari sahaja,,,tidak termasuk membakar kek dan menyiapkan bunga hiasannya. Ruffles wedding kek ini merupakan trend wedding kek sekarang ni. Boleh disediakan cara "ombre" atau pun menggunakan satu warna sahaja. Bergantung kepada kreativiti..ruffles boleh dibuat berbagai cara....cara memanjang, melintang,..mahupun kerapan rufflesnya, Kek nampak lebih rustic dan menarik.
Untuk kek ini saya menggunakanbeberapa jenis bunga hiasan..dari stanza lily, briar rose, small tulips dan blossom. Untuk menambah tarikkan pada kek ini saya letakan kelopak bunga mawar. Bagi yang berminat boleh mempelajari cara membuatnya di sini,
No comments:
Post a Comment