Ha...ha cakoi dengan wajah baru, ilham dari Aunty Anne's pretzel, cuma ubah coraknya dan letakkan bijan. Sedap makan begitu aje atau cicah dengan kopi.
Cakoi Bijan
- 400gm tepung gandum ~ di ayak
- 1/2 soda bikarbonat ~ ayak bersama tepung
- 1 cawan air
- 1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar susu pekat manis
- 1 biji kuning telur
- 2 sudu kecil yis segera
- Minyak untuk menggoreng
- 1/2 cawan bijan
Cara-caranya:
1. Satukan air,
marjerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat
dalam mangkuk besar . Kacau hingga sebati.
2.Masukkan tepung
sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan diatas.
3. Ulikan sehingga
menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dijari .Biarkan selama setengah jam.
4. Canaikan doh
setebal 1/2 sentimeter, atau boleh juga dalam bentuk seperti gelang.
5. Celup dengan air dan tabur bijan
6. Goreng sehingga kekuningan
No comments:
Post a Comment