Pages

Saturday, April 30, 2016

STIR FRIED BEEF BROCCOLI


Adakalanya kekadang kita meningin sesuatu yang mudah dan tidak renyah, so ini adalah salah satu dari caranya. Daging dimasak bersama brokoli dan dihidang bersama nasi panas.....cukup menyelerkan


Stir Fried Beef Broccoli

  • 1 ketul brokoli sederhaha sizenya dipotong ikut bunga dan celur
  • 300 g isi daging dihiris nipis
  • 1 sdb serbuk lada hitam
  • 1 sdb sos tiram
  • 2 sdb minyak masak
  • 1 sdb tepung jagung bancuh bersama 3 sdb air
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 1" halia ditumbuk halus


Cara Menyediakannya


  1. Gaulkan semua bahan kecuali minyak dan brokoli
  2. Perapkan seketika
  3. Panaskan minyak masukkan daging dan biar seketika
  4. Masukkan 1/ 2 cawan air dan biar sehingga daging empuk
  5. Masukkan bancuhan air tepung jagung balik -baikkan dan angkat.

Notes


RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

Friday, April 29, 2016

CAKOI BIJAN


Ha...ha cakoi dengan wajah baru, ilham dari Aunty Anne's pretzel, cuma ubah coraknya dan letakkan bijan. Sedap makan begitu aje atau cicah dengan kopi.





Cakoi Bijan

  • 400gm tepung gandum ~ di ayak
  •  1/2 soda bikarbonat ~ ayak bersama tepung
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu kecil yis segera
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1/2 cawan bijan


Cara-caranya:
1. Satukan air, marjerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar . Kacau hingga sebati.
2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan diatas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dijari .Biarkan selama setengah jam.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sentimeter, atau boleh juga dalam bentuk seperti gelang.
5. Celup dengan air dan tabur bijan
6. Goreng sehingga kekuningan

 Notes


RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

Thursday, April 28, 2016

POACHED SALMON WITH HOLLANDAISE SAUCE


Biasanya saya menggunakan Hollandaise sauce ini untuk poached eggs makan dengan roti untuk breakfast, tapi kali ini saya cuba dengan poached salmon. Ini adalah hasil goggle dan inspirasi dari cafe IKEA  Bahan sampingannya saya celur kacang buncis dan kentang rebus. Untuk aromanya saya masukkan fresh thyme yang dicincang halus



Hollandaise Sauce


  • 3- egg yolks
  • 1- tablespoon lemon juice
  • 1/4-pound butter, melted
  • dash of cayenne pepper
  • dash of salt
  • 1 tsp thyme



Use a double boiler over hot,but not simmering water. Put the egg yolks in the top of the boiler and beat with a whisk until smooth. Add the lemon juice and gradually whisk in the melted butter, pouring slowing in a thin stream.
  
Slowly stir in 2 tablespoons hot water, the cayenne, thyme and the salt. Continue to mix for about 1 minute. The sauce should be thickened.
  
Serve immediately, or hold over warm water for only up to an hour or 2, but don't try to keep too long without refrigeration.

    Notes

    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    SOTONG MASAK PADANG



    Kalau yang biasa dengan masakan Padang,makanya lauk ini memang tidak asing lagi. lebih kurang macam masak lemak kita, banyak menggunakan santan pekat, Kepekatan dan aroma masakkan ini terletak pada buah keras, ketumbar dan daun salam

    Hidangan ini sedap disajikan bersama urap sayuran



    Sotong Masak Gulai Padang

    • 1 kg sotong ukuran sedang (7-8 ekor)
    • 3 cawan santan 
    • 2 ruas ibu jari lengkuas kemudian parut
    • 1 ruas ibu jari halia kemudian parut
    • 2 keping asam keping
    • 3 helai daun salam


    Haluskan Bumbu

    • 7 buah cabai merah kering
    • 11 butir bawang merah
    • 7 siung bawang putih
    • 5 butir buh keras
    • 1 sdb ketumbar
    • 1 sdt jintan
    • 2 ruas jari kunyit bakar
    • garam secukupnya



    Cara Memasak

    1. Bersihkan sotong dan sisihkan 
    2. Campur bumbu halus dengan santan dan bumbu-bumbu lainnya, kemudian masak sambil diaduk perlahan hingga mendidih. 
    3. Masukkan daun salam
    4. Sebaiknya masak dengan api sedang atau kecil hingga bumbu matang dan santan menyusut hingga keluar minyaknya;
    5. Masukan sotong, masak hingga matang dan bumbu meresap.
    6. Angkat bersama dengan kuahnya dan sajikan.


    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    Wednesday, April 27, 2016

    TERUNG GORENG SAMBAL/EGG PLANT SAMBAL


    The best to describe this dish is simple yet satisfying.....memang itulah hebatnya terung sambal ini, simple dan cukup memuaskan apabila dihidang dengan nasi panas. Kadang kala tidak perlu lauk lain. 

    Saya kalau masak terung ini lebih suka dibelah dua dan lebih suka ikan bilis goreng itu ditabur atas semasa dihidang. Cara ini bleh menambahkan keranggupan ikan bilis.


    Terung Goreng Sambal

    • 2 biji terung panjang dibelah dua dan digoreng garam kunyit
    • 25 tangkai cili kering- dikisar
    • 1 biji bawang besar dikisar
    • 100 g ikan bilis digreng
    • Sedikit air asam jawa
    • Gula dan garam


    1. Terung di belah dua, cuci bersih dan di goreng separuh masak.
    2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
    3. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga terbit bau.
    4. Masukkan terung, garam, gula dan air asam jawa.
    5. Tumis hingga kering. 
    6. Tabur ikan bilis goreng


      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      PUDDING MARBLE ROTI LAGI


      Pudding favourite dikalangan blogger seketika dulu dan masih lagi menjadi favourite, saya buat lagi untuk berbuka. Memang sesuai dikala cuaca panas sebegini.





      Pudding Marble Roti


      • 4 keping roti gardenia
      • 2 bij itelor
      • 1/2 cwn susu pekat
      • 200 ml susu cair
      • 1/2 sudu bsr esen vanilla
      • 10 gm serbuk agar2
      • 1/2 cwn gula
      • 2 sudu besar butter
      • 4 cawan air
      • -pewarna pink & hjau


      Cara-caranya :

      1. Didihkn 3 1/ cwn air....(baki lg 1/2 cawan utk blend roti)
      2. Masukkn serbuk agar2 & gula
      3. Blend roti yg dikoyakkn, telor,susu pekat, susu cair ,esen vanilla & baki air 1/2 cwn tadi
      4. Masuk dalqm periuk yang dah mndidih- selalu kacau 
      5. Masukkn butter & kacau hingga mndidih
      6. Bahagi kpd 3 bekas untuk letak pewarna 
      7. Cara tuang selang seli sampai habis...
      8. Biar sejuk dulu baru simpan lam peti ess ya..

      Notes



      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.





      Tuesday, April 26, 2016

      TENGGIRI LOMAK BELIMBING BULUH



      Lauk ini kena dengan nasi panas dan sambal belacan memang tak bangun la kita dibuatnya....perghhh kali ini kebetulan ada belimbing buluh makanya saya masukkan sekali,memang sedap terasa masam-masamnya. 

      Untuk aromanya saya titikkan serai dan masukkan sedikit daun kunyit yang disiat-siat. Memang mantop.


      Lomak Tenggiri Cili Padi Belimbing Buloh

      • 3 keping ikan tenggiri
      • 15 biji cili padi kampung
      • 1 inci kunyit hidup
      • 2 cawan santan pekat
      • 1 cawan santan cair
      • 1 batang serai dititik
      • 1 helai daun kunyit disiat
      • Garam
      • Asam keping
      • 10 biji beimbing buloh


      Cara cara:
      Kisar cili padi dan kunyit hidup dengan menggunakan sedikit santan sehingga hancur. Panaskan bahan kisar dengan santan masukkan serai dan asam keping menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga hampir mendidih.

      Masukkan ikan dan kacau perlahan-lahan sehingga ikan masak dan akhir sekali masukkan belimbing buluh

        Notes


        RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

        PUCUK PAKU GORENG TOCHO


        Masyallah sayur tumis simple sebegini cukup mengasyik....perghh sedap betul meratahnya.

        Paling sedap makan dengan nasi panas dan sedikit ikan goreng memang kata orang kalau tak tambah nasi tu tak tahu ler  Resipi yang sama juga boleh digunakan pada sayur kangkong, kacang panjang mahupun kacang botol.

        Pucuk Paku Goreng Taucho

        • 2 cekak pucuk paku hijau , disiang, cuci dan toskan
        • 100 g udang
        • 1 paket kecil taucho
        • 1 biji bawang besar dihiris bulat
        • 1 camca besar sos tiram
        • Garam secukup rasa
        • Sedikit air


        BAHAN-BAHAN Blend 
        • 1 biji bawang besar
        • 2 ulas bawang putih
        • 15 biji cili kering
        • 1" belacan
        •  

        CARA MEMBUATNYA 
        Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar), tumis bahan blend hancur hingga harum, masukkan sos tiram dan udang, kacau rata dan masak sekejap. Tuang sediki air dan biar mendidih.
        Masukkan taucho dan hirisan bawang besar, pucuk paku, besarkan api dapur, gaul pantas pucuk paku tadi. Tambah garam secukup rasa, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. 
          Notes


          RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

          BOLOGNESE SAUCE



          Dah berhari cuba hendak upload resipi tapi line internet cukup menyakitkan hati, alhamdulillah hari ini jalan ok. Ini resipi favourite saya. Untuk sos yang enak saya gemar meletakkan fresh herbs especially fresh basil....cukup menaikkan aroma sosnya.

          Untuk menambahkan lemak pada sos saya letakkan cheese, the best is cheddar atau mozarella dah tak ada saya letakkan slice cheese aje.


          Bolognese Sauce

            Bahan-bahan
            500gm daging cincang
            1 tin sos tomato
            2 biji bawang holland | cincang
            5 ulas bawang putih | cincang
            5 biji tomato | potong dadu)
            1/2 biji lobak merah | potong dadu
            3-4 biji cendawan butang | potong dadu
            1 cawan air
            1 kiub stok daging lembu (optional)
            1 genggam fresh basil dicincang
            3  keping sice cheese
            Oregano atau Italian herbs
            Garam secukup rasa
            Minyak masak untuk menumis

            Cara-cara:
            1. Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
            2. Kemudian masukkan daging cincang.Goreng hingga warna daging keperangan.
            3. Masukkan tomato, lobak merah dan cendawan butang.Goreng sehingga sayur lembut.
            4. Masukkan sos tomato, air kacau hingga sekata.
            5. Masukkan oregano/basil italian herbs dan stok daging lembu.
            6. Biar sehingga mendidih kemudian masak hingga api perlahan sehingga kuah menjadi pekat akhir sekali masukkan slice cheese kacau rata
            7. Siap untuk dihidangkan.



            RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.



            You Might Also Like These

            Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...