Pages

Monday, October 05, 2015

LEMPENG/ROTI BAWANG


Setiap kali buat menu breakfast ini teringat arwah abah, its his favourite beakfast. Paling dia suka makan ialah bersama samba tumis sardin. Pagi ini saya buat untuk sarapan pagi..ha..ha cuma saya seorang sahaja yang mengadap. Lempeng Bawang ini lebih kurang sama dengan Taiwan Green onion pancake cuma kita di sini lebih gemar makan dengan kuah semalam, kari semalam atau sambal tumis

Lempeng/Roti Bawang
Ingredients
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 2 1/2 cawan air (ikut pekat)
  • 2 camca besar minyak masak
  • 2 pokok daun bawang, hiris halus
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji telur
  • 1/2 camca teh baking powder
  • 1/2 sdt serbuk kunyit
  • 2 - 3 cawan ikut tekture agak2 boleh leser dan lenggang

Instructions

  1. Satukan semua bahan2 diatas , gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan gaul sebati. Rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan non-stik pan, lenser dengan sedikit dengan minyak masak. Bila panas, tuang 1 senduk adunan tadi, kita kurang tambah sedikit lagi. Ratakan dan masak hingga permukaannya kelihatan pucat.
  3. Terbalikkan dan masak hingga lempeng kelihatan sedikit garing. Angkat dan buat kaedah sama dengan baki adunan hingga siap. Hidangkan dengan sambal tumis sebagai sarapan pagi.


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

4 comments:

Rizziela said...

nampak sedap..boleh try nanti

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

hmmmm menu favourite orang johor

umi's cup cake said...

kak fatimah..ini pun salah satu kegemaran Allahyarham ayah umi.. makan plak dengan asam pedas pekat2..memang berkeping-keping dia makan..

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Memang asam pedas pun terangkat

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...