Pages

Tuesday, January 14, 2014

BUAH MELAKA ATAU ONDE-ONDE


Kuih Melayu mahu Kuih Nyonya yang tidak perlu perkenalanya. Ramai yang ketahui kuih ini dan ramai yang menyukainya. Berintikan gula Melaka..memang sajian yang sesuai buat minum pagi mahupun sajian petang. Untuk memastikan buah melaka ini tidak terlalu liat elok ditambahkan sedikit tepung gandu,. Air daun pandan yang digunakan bagi mewarnakan buah Melaka ini juga cukup sesuai untuk menaikkan aroma kuih ini.

Buah Melaka/Onde-Onde





1 cawan tepung pulut
1/4 cawan tepung gandum
1/3 cawan air daun pandan (daun pandan dikisar halus dengan air)
1/3 cawan air dengan 2 titik pewarna hijau
1/2 cawan kelapa parut digaul dengan 1/2 sudu teh garam
1/2 keping gula melaka/kabung (dipotong kecil-kecil)

Caranya
Gaulkan tepung pulut, tepung gandum, air daun pandan dan air warna sehingga mesra sebati dan tak melekat dijari.
Sediakan periuk berisi air, untuk proses masak buah melaka.
Sementara menunggu air mula mendidih, canaikan adunan sebesar duit 20 sen dan masukkan gula melaka yang dipotong kecil, siapkan dalam 4-5 biji.
Air dah pun mendidih dan masukkan buah melaka, kalau dah masak ia akan timbul.
Setelah itu angkat dan toskan.
Pindahkan kedalam dulang berisi kelapa parut untuk dioleskan.


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...