Pages

Friday, December 30, 2016

ESPRESSO MERINGUES KISSES


Citer Krismas bila mana ramai yang membuat pavlova dan meringue cookies ha...ha kita jadi terikut-ikut pula. Kali ini saya marble kan dengan serbuk koko dan nescafe so adalah rasa respresso. Resipi ini adalah resipi ranggup di luar dan melt in the mouth di dalam hmmmm I LIKE...





Espresso Meringue Kisses
  • 4 biji putih telur
  • 1 Cawan Gula
  • Secubit Krim Of Tartar
  • 1  sdb serbuk koko
  • 1 sdt serbuk nescafe 
  • 1/2 sdt vanilla extract



Cara Membuatnya:-

  1. Siapkan piping beg dan dulang pembakar yang dialas dengan parchment paper supaya tidak melekat
  2. Satukan putih telur, gula dan krim of tartar. Renehkan atas double boiler sehingga gula hancur.
  3. Kacau sehingga gula hancur.
  4. Alihkan dari api dan pukul, bermula dari speed rendah sehingga speed tinggi. Pukul sehingga menjadi soft peak dan bertandu
  5. Masukan serbuk koko yang dicampur dengan serbuk nescafe kaup-kaup hingga rata.
  6. Masukkan dalam piping dengan menggunakan acuan bintang atau bulat.
  7. Pipe seperti digambar di atas dan bakar selama 2 jam.pada suhu 110 c
  8. Setelah masak biarkan di dalam semalaman dan simpan dalam bekas kedap udara





RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

POMOGRANATE ORANGE SALAD



Buah delima tengah bermusim sekarang ini terutamanya dari Turki, berlambak-lambak dan murah pula tu....sekarang ini sebiji boleh dapat RM3, dah terlampau banyak makanya saya buat salad ini. Menariknya salad ini saya campurkan buah delima, limau , lettuce, dan feta cheese. Untuk dressingnya saya guna jus imau nipis digabungkan dengan krim masam dan yogurt....perghhh memang asyik menikmatinya


Parsley Lime Dressing

    For the parsley lime salad dressing
    • ¼ cup  sour cream
    • 1/4 cup greek yogurt
    • 1 cup fresh parsley chopped
    • 3-4 tablespoons olive oil
    • 1-2 cloves of garlic chopped
    • 2 tablespoons lime juice
    • Salt and pepper to taste

    Directions

    1.Prepare the dressing by blending all of the ingredients in a blender or food processor
    2.In a large bowl add all the salad ingredients and toss gently to combine
    3.Drizzle the dressing over the salad immediately before serving.
      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      ROTI JALA KARI AYAM


      Untuk post hari ini kita hanya akan tumpu pada pembikinan roti jala sahaja bab kari saya rasa tak perlu kerana kebanyakan kita mempunyai resipi kari tersendiri. Roti jala ini paling expert ialah oroang dolu2 perghhh...halus, terliti dan kiraian yang cukup menarik,sebabab itu jugala roti ini mendapat namanya roti jala kerana kelihatanya seperti jala. Di setengah  setengah tempat ia dinama roti kirai kerana kerana roti ini perlu dikirai

      Kini roti ini telah melalui satu perubahan di mana botol mayo yong bermuncung 3 digunakan untuk membuat kiraian.....ha..ha cantik juga tapi saya lebih gemar yang asli. Roti jala ini sedap dihidang bersama kari ayam atau kari daging. Kalau yang sukakan versi manis paling mantop disaji bersama serawa durian



      Roti Jala
      • 2 cawan air
      • 2 cawan tepung gandum
      • 2 biji telur
      • 1/4 cawan minyak
      • sedikit pewarna kuning
      • sedikit garam


      1. Blend semua bahan-bahan untuk membuat roti jala.
      2. Pastikan tepung yang melekat didinding blender dihakis supaya semua adunan sekata.
      3. Tapis adunan tadi.
      4. Panaskan pan, kalau dah panas, terus mulakan menjala dengan membuat bulatan dan pusing2 hingga menjadi jala.
      5. Tunggu 1-2 minit, angkat ke pinggan dan lipat dan gulung.
      6. Tak payah terbalikkan.
      7. Ulang langkah tadi hingga habis adunan.
      8. Mostly dapat dalam 20-25 keping, bergantung kepada adunan.
      9. Kalau adunan tak keluar dari acuan, tambah setengah cawan air. Sambil2 tu, mari kita masak kari ayam. 

      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      DEVILISH CHOCOLATE CUPCAKES


      Resipi kek chocolate ini banyak digunakan dikalangan blogger tempatan. Kek chocolate yang moist dan sesuai dihias dengan apa2 jenis frosting Saya menghiasnya dengan buttercream frosting biasa. Its a keeper recipe yang perlu ada dan ketahui cara membuatnya


      Devilish Chocolate Cupcakes


      • 2 cawan tepung gandum
      • 3 / 4 cawan cocoa powder
      • 1 ¼  sudu kecil soda bikarbonat
      • 1 / 2 sudu kecil garam
      • 1 / 2 cawan gula pasir
      • 1  1 / 4 brown sugar
      • 225 gm mentega
      • 4 biji telur gred A
      • 2 sudu kecil vanila ekstrak
      • 1/2 cawan susu
      • 1 cawan air panas


      Panaskan oven pada suhu 170C

      Bancuh koko doan air panas dan ketepikan

      Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.

      Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan  kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (susu+bancuhan koko) dalam tiga bahagian.

      Terakhir masukkan vanili estract.

      Masuk dalam acuan muffin 


      Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.
        Notes n


        RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


        Wednesday, December 21, 2016

        ONE TIER WHITE WEDDING CAKE


        Kek kahwin tidak semestinya bertingkat-tingkat, kadang jika kita mempunyai kekangan bajet kek kahwin setingkat sudah memadai jika dihias indah. Biasanya kek kahwin di majlis perkahwinan Melayu dibuat dipenghujung majlis di mana para tetamu sudah hampir meninggalkan majlis dan kerap kali dalam situasi begini kek tidak dapat disajikan pada tetamu. 

        Bezanya budaya kita dengan budaya Mat Salleh ialah kek kahwin mereka akan dinikmati oleh tetamu semasa majlis tari menari tetapi for us acara pemotongon kek dibuat di penghujung majlis, selesai kek cutting tetamu akan berangkat pulang.....ha...ha then who's gonna eat the cake....pengantin dan keluarga...kalau setingkat ok la kalau dah bertingkat-tingkat membazir la jawabnya

        For that reason its best to make it simple and jika kek kahwin hanya untuk mengabadikan kenangan photo perkahwinan, saya selalu nasihatkan customer to make it simple yet elegant. Penting ia memenuhi hasrat hati dan tidak membazir tapi jika inginkan yang grand dan tinggi seperti pencakar langit pastikan tetamu merasa keknya atau tuan rumah menyediakan box kecil supaya tetamu dapat membawa pulang....itu sebaik-baiknya untuk mengelak pembaziran

        Kek ini saya buat untuk customer yang pemalu yang tidak mahu memotong kek depan tetamu tetapi demi memenuhi hajat ibu dan untuk diabadikan dalam album perkahwinan saya diminta to make it simple...real....real simple one tier white wedding cake dengan butter cake didalamnya dan hiasan bunga anggrik putih.

        Rasanya cukup dan indah buat kedua mepelai.

        PUTERI MANDI / PERMATA DELIMA


        Istimewanya kue ini ia boleh disediakan dengan dua cara, membungkus atau menggunakan acuan lompang biasa. Jika ingin membungkus kedua-dua bahan harus dimasak terlebih dahulu manakala yang menggunakan acuan kedua-dua bahan dikukus serentak.

        Inti kue ini dimasukkan hirisan nangka yang menaikkan aroma kue ini dan menambahkan kelemakan bila digabungkan dengan kelapa putih. Manakala kulitnya pula saya masukkan sedikit kentang lecek dan mentega pada bancuhan tepung pulut, ini membuat kue ini tidak terlalu liat seperti kue koci

        Kue comel ini sesuai buat sarapan minum petang atau untuk hidangan majlis, sesuai juga diwarnakan mengikut warna pilihan


        Kue Puteri Mandi/Permata Delima
        BAHAN INTI:

        • 250 g kelapa parut putih
        • 200 g nangkam didadu halus
        • 100 g gula pasir
        • 1/2 sudu teh garam
        • 2  sdb tepung jagung

        BAHAN ADUNAN PERMATA:

        • 250gm tepung beras pulut
        • 200 gm kentang lecek
        • 100 gm gula
        • 50 gm mentega
        • 125 ml air
        • Pewarna makanan merah, hijau dan kuning secukupnya

        BAHAN ADUNAN PUTIH:

        • 650  ml santan pekat
        • 60   gm tepung beras
        • Garam secukup rasa
        CARA MEMASAK:
        Inti: 
        Masukkan kelapa, gula pasir, garam, hirisan nangka dan tepung jagung dan kukus selama 30 minit. Sejukkan dan bila sejuk bulat2kan.

        Adunan permata: 

        1. Bancuh tepung pulut, kentang lecek mentega dan air. Uli sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan dengan pewarna hijau, kuning dan merah.
        2. Ambil secubit adunan, leperkan dan masukkan inti kelapa tadi. Bulatkan adunan dan masukkan ke dalam acuan lompang. Ulang sehingga habis adunan.

        Adunan putih:
        Bancuh kesemua bahan dan masak hingga naik wap. Ketepikan.

        Bagi menyediakan kuih permata hati, 

        1. Panaskan periuk kukusan dan sapu acuan lompang dengan sedikit minyak.
        2. Tuang adunan putih ke dalam acuan lompang yang telah diisi doh permata berwarna
        3. Kukus selama 20 minit atau sehlngga masak.
        Notes

        1. Jika ingin membungkus kue ini macam di dalam gambar, bahagian putih kue hendaklah dimasak hingga pekat kemudian dimasukkan kedalam plastik yang dibuat corong dan masukkan bahagian merah yang telah dikukus
        2. Bahagian merahnya harus dikukus dahulu


            Notes


            RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

            Thursday, December 15, 2016

            KERIA GULA MELAKA


            Agak menakjukkan, tiba-tiba keria gula Melaka ini menjadi sebutan, boleh dikatakan saban hari di FB ada yang menayang kue ini makanya jadi penasaran kita dibuatnya...ha...ha betul-betul clueless kita dibuatnya. Hendak merasa tidak tahu mana hendak mencarinya, hendak buat tak hairan gundah gulana kita dibuatnya kerana setiap hari ada yang bercerita kehebatannya, makanya kita cari tahu risik sana sini baru tahu bahawa ianya kue keria biasa tapi disira dengan air gula melaka....makanya saya terus mencuba. 

            Memang sedap tapi kerana saya tidak pernah merasa originalnya jadi saya tidak tahu sama ada kue ini sepatutnya bersira atau berkilat basah seperti karamel. Apapun semuanya bergantung pada citarasa kita juga ya...dan semuanya adalah pilihan kita and for a start saya pilih yang bersira



            Keria Gula Melaka

            • 500 g keledek putih
            • 1 cwn tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder ~ayak
            • 1 sdb tepung berad
            • garam secukup rasa
            • Air secukupnya untuk merebus keledek
            • minyak utk menggoreng


            Cara2
            1. Keledek dibuang kulitnya dan dipotong kecil
            2. Masukkan keledek, garam dan air secukupnya ke dalam periuk dan rebus hingga empuk
            3. Setelah empuk angkat toskan airnya dan lecek keledek hingga lumat sementara ia masih panas .. Biarkan sejuk baru letakkan tepung.
            4. Kemudian gaulkan dgn tepung dan uli menjadi gegelang kecil ~ ikut suka saiz nk besar mana
            5. Goreng kuih keria di dalam minyak yg sederhana panas hingga kuning keemasan
            6. Angkat dan toskan minyaknya.. Biarkan sejuk seketika baru disira dengan gula melaka


            Sira Gula Melaka

            • 1 block gula melaka  
            • Sedikit gula batu 
            • 1 sudu besar gula kasar
            • 5 sudu besar air


            1. Hiris / hancur kan gula melaka dan gula batu supaya mempercepatkan proses gula larut dan mencair
            2. Di dalam kuali masak gula melaka , gula batu ,gula kasar dan air hingga berbuih /mendidih dan pekat
            3. Masukkan kuih keria tadi dan kacau rata supaya gula melekat pada seluruh kuih.. Tutup api dan gunakan lidi/chopstick untuk jarakkan kuih supaya tidak melekat apabila telah sejuk

              Notes


              RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
              All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

              Wednesday, December 14, 2016

              SAGO BRONOK KUKUS



              Versi kukus ini adalah versi "chewy' ia liat liut sedikit kerana sago tidak dimasak dengan air seperti mana yang kita selalu buat sago yang direndam ditoskan airnya dan dimasukkan terus dikukus. Saya melapiskan sago ini menjadikannya  dua layer. Pada yang suka sago yang liat liut resipi ini amat sesuai



              Sago Bronok Kukus




                • 1 cawan sago merah
                • 1 cawan sago hijau
                • 1 cawan gula
                • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
                • 1 sudu kecil garam
                • 1 sudu teh esen rose


                Cara-cara
                1. Panaskan kukusan
                2. Masukan 1/2 cawan bagi setiap bahagian sagu, kemudian kacau rata.
                3. Masuka kedalam loyang 7  "  dan kukus sago merah dahulu selama 10 minit
                4. Keluarkan dan masukkan sago hijau ratakan..Kukus selama 20 minit. 
                5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap

                  Notes


                  RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
                  All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

                  DRIPPY CAKE




                  Dripping Cake hasil ilham Katherine Sabbath semakin mendapat tempat dan begitu trending sekarang ini. Hiasan yang mudah dengan kreativiti yang tinggi menjadikan tugasan menghias kek ini begitu menarik. Jika ada yang tidak mengenali Katherine Sabbath boleh la rujuk pada instagramnya 

                  https://www.instagram.com/katherine_sabbath

                  Saya memang suka melihat kek yang konsepkan dripping ini, ceria, santai dan warna warni. Walaupun mudah menyediakkanya tetapi teknik yang betul perlu dipelajari agar kek nampak menarik. Saya kongsikan di sini link-link yang berkaitan yang telah membantu saya menghasilkan dripping cake ini yang nyata cukup memanafaati.



                  Tuesday, December 13, 2016

                  GRILLED CHICKEN CHOP WITH ARGULA SALAD


                  Grilled Chicken yang cukup mudah disediakan. Biasa kalau menyediakan menu barat ni brown sos memainkan peranan yng cukup penting.Asalnya brown mengambil masa yang begitu lama menyediakannya tapi kini jalan pintas memudahkan segala gabungan sos tiram kicap worcestershire sos sudah cukup mantap dalam menghasilkan sos sedap, kini saya lebih senang menggunakan jalan pintas ini. Inginkan yang lebih sedap biasanya saya akan gunakan lelehan ayam yang di grill.

                  Untuk sidenya saya sediakan mashed potato baked beans dan argula salad.


                  Grilled Chicken With Argula Salad

                  Bahan Untuk Grill Chicken –

                  • 4 keping whole leg (debone/tanpa tulang)
                  • 2 sudu besar sos tiram
                  • 2 sudu besar kicap manis
                  • 1 sdt maggi seasoning
                  • 3 ulas bawang putih – tumbuk kasar
                  • 1cm halia – tumbuk kasar
                  • Lada hitam, lada sulah
                  • Sedikit olive oil

                  Bersihkan ayam dan lap hingga kering.

                  Cucuk sedikit bahagian yg ada isi dengan garfu/pisau supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.

                  Lumurkan kepingan ayam dengan , lada hitam dan lada sulah.

                  Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.

                  Akhir sekali gaulkan ayam dengan bahan tumbuk.

                  Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.

                  Perap ayam sekurang2nya selama 1 jam. Kalau nak lagi best perap semalaman.

                  Bakar daging sehingga masak gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus

                  Bahan Untuk Mashed Potato –

                  • 3 biji kentang besar
                  • 2 sudu besar mentega
                  • 1/4 cawan susu segar
                  • Serbuk Lada hitam kasar

                  1. Kupaskan kentang dan potong dadu kecil. 
                  2. Rebus kentang bersama secubit garam sehingga empuk. 
                  3. Bila empuk, toskan air. Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas. 
                  4. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit dan mentega. Gaulkan hingga rata. 
                  5. Persakan dengan garam. Tambakan lada sulah dan lada hitam jika suka.

                  Bahan Untuk Salad –

                  • 2 genggam argula
                  • 2 biji tomato dibelah 4
                  • 1 bawang besar – dimayang halus
                  • 1 sudu makan gula
                  • 1/4 cawan minyak zaiton
                  • Jus perahan 1/2 biji lemon

                  Campurkan gula, jus perahan lemon dan minyak zaiton dalam mangkuk dan kacau sehingga gula cair.

                  Gaulkan bahan salad. kemudian, simpan dalam peti ais.

                  Bahan Untuk Sos –

                  • 1 biji bawang besar holland – dicincang halus
                  • 4 sudu besar tepung gandum
                  • 1 kiub ayam
                  • 2 sudu besar sos tiram
                  • 2 sudu besar kicap manis – untuk gelapkan sos
                  • 1 sudu besar worcestershire sauce
                  • air yang mencukupi
                  • Sedikit oregano kering
                  • 2 sudu besar mentega

                  Cara Menyediakan Sos 


                  1. Cairkan mentega ke dalam periuk, tumiskan bawang besar hingga layu dan wangi.
                  2. Masukkan air dan kacau hingga sebati.
                  3. Kemudian,masukkan pula kiub ayam,  worcestershire sos sos tiram dan kicap. Kacau lagi.
                  4. Kalau nampak pekat sangat boleh tambahkan sedikit air. Masukkan oregano. Didihkan.
                  5. Sesuaikan rasa. Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.

                  Notes


                  RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
                  All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

                  You Might Also Like These

                  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...