Untuk post hari ini kita hanya akan tumpu pada pembikinan roti jala sahaja bab kari saya rasa tak perlu kerana kebanyakan kita mempunyai resipi kari tersendiri. Roti jala ini paling expert ialah oroang dolu2 perghhh...halus, terliti dan kiraian yang cukup menarik,sebabab itu jugala roti ini mendapat namanya roti jala kerana kelihatanya seperti jala. Di setengah setengah tempat ia dinama roti kirai kerana kerana roti ini perlu dikirai
Kini roti ini telah melalui satu perubahan di mana botol mayo yong bermuncung 3 digunakan untuk membuat kiraian.....ha..ha cantik juga tapi saya lebih gemar yang asli. Roti jala ini sedap dihidang bersama kari ayam atau kari daging. Kalau yang sukakan versi manis paling mantop disaji bersama serawa durian
Roti Jala
- 2 cawan air
- 2 cawan tepung gandum
- 2 biji telur
- 1/4 cawan minyak
- sedikit pewarna kuning
- sedikit garam
- Blend semua bahan-bahan untuk membuat roti jala.
- Pastikan tepung yang melekat didinding blender dihakis supaya semua adunan sekata.
- Tapis adunan tadi.
- Panaskan pan, kalau dah panas, terus mulakan menjala dengan membuat bulatan dan pusing2 hingga menjadi jala.
- Tunggu 1-2 minit, angkat ke pinggan dan lipat dan gulung.
- Tak payah terbalikkan.
- Ulang langkah tadi hingga habis adunan.
- Mostly dapat dalam 20-25 keping, bergantung kepada adunan.
- Kalau adunan tak keluar dari acuan, tambah setengah cawan air. Sambil2 tu, mari kita masak kari ayam.
Notes
RECIPE SOURCE: Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You.
No comments:
Post a Comment