Versi kukus ini adalah versi "chewy' ia liat liut sedikit kerana sago tidak dimasak dengan air seperti mana yang kita selalu buat sago yang direndam ditoskan airnya dan dimasukkan terus dikukus. Saya melapiskan sago ini menjadikannya dua layer. Pada yang suka sago yang liat liut resipi ini amat sesuai
Sago Bronok Kukus
- 1 cawan sago merah
- 1 cawan sago hijau
- 1 cawan gula
- 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu teh esen rose
Cara-cara
- Panaskan kukusan
- Masukan 1/2 cawan bagi setiap bahagian sagu, kemudian kacau rata.
- Masuka kedalam loyang 7 " dan kukus sago merah dahulu selama 10 minit
- Keluarkan dan masukkan sago hijau ratakan..Kukus selama 20 minit.
- Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap
Notes
No comments:
Post a Comment