Pages

Saturday, January 31, 2015

MONGOLIAN CHICKEN RECIPE


Saya akan masak Mongolian Chicken ini jika malas hendak memikirkan lauk-lauk lain kerana Mongolian chicken dihidang bersama nasi. Tidak berkuah tetapi cukup menyelerakan. Kehebatan kepada resipi ini terletak pada sosnya. Saya menggunakan gabungan sos hoisin dan sos tiram


Print

Mongolian Chicken

YIELD: 4   PREP TIME: 20 minutes   COOK TIME: 20

INGREDIENTS


  • 2 ketul dada ayam dipotong kecil
  • 1 biji cili bangla merah dihiris memanjang
  • 1/2 cawan kacang peas
  • 1 biji bawang besar dihiris kasar
  • 2 sdb minyak masak
  • 1 sdb tepung jagung dibancuh sedikit dengan air
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • 2" halia ditumbuk bersama bawang putih
  • 1 cawan air stok ayam
Bahan untuk sosnya
  • 2 sdb hoisin sos
  • 1 sdb sos tiram
  • 2 sdb kicap cair
  • 1 sdb serbuk jintan hitam

DIRECTIONS:

1. Satukan semua bahan sos dan perapkan bersama ayam..lebih kurang 20 minit
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia sehingga naik baunya
3. Masukkan ayam perap tadi..biar seketika dan masukkan air stok ayam
4. Biar atas api sehingga ayam agak masak baru masukkan bancuhan tepung jagung
5. Biar agak pekat masukkan bawang besar, cili bangla dan kacang pea
6. Angkat dan hidang atas nasi


Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...