Pages

Monday, August 25, 2014

NASI DAGANG GULAI IKAN TONGKOL


Jalan-jalan Chow Kitt Road...terserempak beras nasi dagang ni...menyusur lagi cari rempah gulai ikan tongkol...beli simpan dulu. Tunggu tika yang sesuai aje untuk memasaknya. Biasanya kalau makanan berat-berat macam ni saya lebih gemar tunggu semua anak2 balik.

Saya buat cara simple aje tidak complete set. Acar pula saya buat acar mangga..ha..ha..bukan resipi baru..tetapi balik pasar cari timun tidak jumpa..mungkin tercicir..so saya ganti dengan mangga yang kebetulan saya beli untuk buat rojak buah...alhamdulillah sedap juga. 




Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol



  • ½ kg beras nasi dagang
  • 1 genggam beras pulut
  • 3 ulas bwg merah-dihiris nipis
  • 1  inci halia- dihiris nipis
  • 1 cawan santan - sedikit garam
  • 1/2 cawan santan cair
  • 1/2 sdt halba
Cara-caranya:-
  1. Rendam beras nasi dagang dan beras pulut semalaman.
  2. Kukus beras nasi dagang  bersama santan cair selama 30-40 minit sehingga masak/lembut.
  3. Selepas 30-40 minit kukusan, angkat bekas pengukus. Keluarkan nasi dagang dan masukkan kedalam mangkuk besar.
  4. Masukkan santan yang dah dicampur dengan garam, bahan-bahan yang dihiris nipis dan biji halba. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan semula dalam bekas kukusan dan kemudian kukus semula dalam 10-15 minit. Apabila sudah masak, angkat.
GULAI IKAN TONGKOL

1 - 2 ekor ikan tonkong dibersih dan dipotong saiz gulai
9 biji cili padi
2 batang serai dititik
5 keping asam keping (3 keping untuk rebusan ikan dan 2 keping untuk kuah)
2 -3 cawan santan pekat
1 genggam kelapa parut yang dikisar
garam dan perasa secukupnya

Ikan direbus bersama 3 keping asam keping sehingga masak dan ketepikan

Bahan Rempah

1 bungkus rempah gulai ikan
15 tangkai cili keringa
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1" lengkuas
1" kunyit hidup
1sdt serbuk ketumbar
1/2 sdt serbuk jintan manis
1/2 sdt serbuk jintan putih

Blend dan satukan semua bahan


Cara Menyediakannya


  1. Masukkan bahan blend, 2 asam keping serai yang dititik,  dan santan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih
  2. Masukkan ikan, garam dan perasa kelapa kisar.Tambah air jika perlu (air rebusan ikan)
  3. Biar seketika sehingga naik minyak dan masukkan cili padi.


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...