Pages

Friday, August 15, 2014

KHAO TOM MUD - THAILAND/ PULUT BERINTI PISANG


Sebenarnya resipi ini adalah koleksi Iftar saya baru-baru ini, cuma tidak berkesempatan untuk uploadnya. Resipi popular di Thailand sebagai resipi sarapan pagi. Bukan sahaja popular di Thailand tetapi juga di negara Asia Tenggara yang lain. 

Kalau di Malaysia ianya merupakan kegemaran masyarakat Kelatan di sebelah utara semenanjung di namakan pulut dakap. Intinya boleh dipelbagaikan..samada pisang atau kacang merah.



Khao Tom Mud - Pulut Berinti Pisang


  • 1 cawan pulut direndam
  • 2 cawan santan
  • 3/4 cawan gula
  • secubit garam
  • pisang, daun pisang dan tali


Cara Menyediakannya

  1. Rendam beras pulut semalaman, bersihkan tos da letak sebelah.
  2. Dalam periuk tanak pulut dengan santan, sedikit garam dan daun pandan
  3. Bila masak angkat. Sudukan ke dalam daun pisang letakkan pisang balut, ikat dan kukus selama 30 minit.
  4. Sila klik link untuk mempelajari step by step membuat pulut ini.

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


1 comment:

smriz said...

Terima kasih Kak kongsi resepinya. "KHAO TOM MUD - THAILAND/ PULUT BERINTI PISANG"😍👌

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...