Pages

Monday, July 24, 2017

KUE DADAR BERLAUK



Dadar berlauk ini sedap dimakan sebagai sarapan pagi atau buat hidangan petang. Saya membuaynya sebagai menu berbuka baru ini. Intinya saya gunakan daging cincang, jika suka udang sardin ayam ataupun sayuran boleh dijadikan intinya. Dadar ini jika tidak habis boleh disalut dengan serbuk roti dan digoreng menjadikannya risoles sedap.....ha...ha itu tricknya





Dadar Berlauk

    Bahan dadar :
    • 100 gr tepung gandum
    • 50 gr tepung beras
    • 350 ml air
    • 1/2 st garam
    • 2 sdb minyak goreng


    Bahan isi :

    • 200 gr daging cinang
    • 1 batang carrot dihiris nipis memanjang
    • 2 biji bawang besar dicincang halus

    Bumbu halus:

    • 4 siung bawang merah
    • 2 siung bawang putih
    • 1 inci halia
    • 2 sdb rempah kurma
    • 1/2 sdt lada sulah
    • garam secukup rasa

    Bahan sos :

    • 2 sdb tauco
    • 2 siung bawang putih
    • 1 sdt sos tomato
    • 2 sst gula pasir
    • 2 sm sos tiram
    • 1/2 st garam
    • 1 sdb kecapmanis
    • 1/2 st cukamasak
    • 150ml air
    • 1 sdbtepung jagung

    Cara :
    Cara membuat dadar
    Campur bahan dadar jadi satu kacau hingga licin
    Panaskan kuali non stick dan lenggang seperti buat kue dadar biar, buat sampai habis dan sejukkan

    Cara membuat inti
    Tumis bawang besar sehingga layu
    Masukkan bumbu halus hingga harum masukkan daging hingga berubah warna,masukkan bahan lainnya hingga masak

    Cara Membuat sos
    Satukan semua bahan dan masak sehingga pekat.

    Cara Menyiapkan dadar

    1. Masukkan inti dalam sekeping kulit dadar dan lipat tepi dan gulung
    2. Dadar yang siap sedia dimakan bersama sos





    RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

    Thank  You.

    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...