Resipi dari Chef Hanieliza ini mudah diikuti dan selalunya saya jadikan asas pada kuih talam saya Tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut, sedang-sedang dan senang dipotong, Untuk bahan taburan di atas saya masukkan sedikit kacang tumbuk dan titiskan sedikit minyak bijan
Kuih Talam Keladi Berlauk ini sesuai buat sarapan pagi atau minum petang
Talam Keladi Berlauk
Bahan A
- 2 cawan tepung beras
- 2 sudu besar tepung ubi
- 2 sudu besar tepung gandum
- 6 cawan santan [1 biji kelapa]
- 1sudu kecil garam
Bahan B
- 2 cawan ubi keladi [potong dadu, rebus dan toskan]
- 2 sudu besar udang kering
- 4 tangkai cili merah [cincang]
- 1 pokok daun bawang ]
- 1 pokok daun sup ] racik
- 2 sudu besar bawang goreng
Bahan C [hiasan]
- 3 tangkai cili merah [cincang]
- 1/2 cawan bawang goreng
- 1 pokok daun sup dan daun bawang [racik]
Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak
pada loyang 10 x 10 inci.
2. Campurkan semua bahan A dan tapiskan
dalam mangkuk.
3. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan
gaulkan rata.
4. Tuangkan adunan perlahan-lahan dalam
loyang yg telah diletakkan dalam kukusan.
5. Kukuskan adunan selama 30 minit.
6. Bila dah masak sejukkan beberapa
jam.
7. Potong kueh dan taburkan bahan
hiasan.
8. Hidangkan.
Notes
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You.
No comments:
Post a Comment