Pages

Saturday, May 14, 2016

BO BO CHA CHA



Bubur Cha Cha mudah menyediakannya sekarang ini kerana cha cha kering mudah didapati. Saya kalau membuat bubur cha cha, suka saya masukkan keledek atau keladi, selain dari sedap keledek dan keladi boleh menambahkan keceriaan warna pada bubur cha cha ini. Jika suka gula melaka atau gula merah bleh juga dimasukkan.


Bo Bo Cha Cha

  • 1 cawan cha cha kering 
  • 3 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar sagu
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • 1/2 cawan keladi direbus dadu
  • 1/2 cawan keledek direbus dadu
  • 1/2 caan gula
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Rendam sagu seketika, anggaran masa 10 minit.
  2. Rebus cha cha kering sehingga lembut dan toskan airnya. Kemudian bilas dengan air sejuk untuk menghentikan proses pemanasan.
  3. Masukkan santan, daun pandan dan cha cha yand direbus tadi , keladi dan keledek ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan, dan kacau dengan kerap supaya santan tidak berketul.
  4. Apabila mendidih masukkan sagu, gula pasir dan garam secukup rasa. Jika kuah terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
  5. Teruskan kacau sehingga bubur masak sebati. Angkat dan hidangkan.

 Notes


RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...