Pages

Monday, March 07, 2016

TEMBOSA DAGING



Biasanya kalau karipap inti daging saya senang membuatnya bulat senang membezakanya, so bulat pasti anak-anak tak payah tanya agi intinya apa. Untuk intinya kali ini saya gunakan rempah briyani, sedap rasanya, saya masukkan sedikit carrot dan hirisan daun bawang dan daun sup.

Untuk kulitnya saya guna resipi yang kebanyakan kawan blogger menggunakkannya kerana ternyata kulitnya amat ranggup biar pun beberapa jam digoreng.

Resipi tembosa ini juga sesuai dibuat frozen.



Tembosa Daging

  • 400 g tepung gandum 
  • 1/2 cawan minyak masak 
  • 2 sdb lemak sayuran  1/2 cawan air sejuk 
  • secubit garam


  1. Panaskan minyak masak dan cairkan sekali dengan mentega dan lemak sayuran. 
  2. Curahkan minyak yang separuh panas ini kedalam adunan tepung. Masukan garam dan air. Uli sehingga dough betul-betul sebati. Rehatkan dough sebentar lebih kurang 1/2 jam. Kemudian bahagikan dough kepada beberapa bahagian mengikut besar yang digemari. Gelekkan dough dan letak  atas acuan karipap. Isikan inti, tutup dan klim karipap tadi 
  3. Ulangi proses sehingga habis semua dan goreng karipap dengan cara deep-fried. Tos minyak dan hidang panas-panas.

Untuk inti
  • 5 biji kentang - didadukan
  • 200 g daging dicincang
  • 2 biji labu bawang besar - didadukan
  • 1/2 biji carrot didadu
  • 2 sudu besar serbuk briyani daging
  • 3 ulas bawang putih
  • 1" halia
  • sedikit daun bawang
  • Garam secukup rasa.
  • Sedikit minyak 


Caranya :-
  1. Bawang putih dan halia ditumbuk halus dan digaul bersama rempah briyani
  2. Daging di masak untuk keringkan airnya sedikit.
  3. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar tumis sehingga layu.
  4. Masukkan bancuhan rempah tadi biar sehingga naik baunya. Masukkan daging dan kentang biar sehingga kedua-duanya agak empuk.
  5. Masukkan garam dan carrot
  6. Masak sehingga inti masak dan seimbangkan rasa.


    Notes


    RECIPE SOURCE: 
    Patyskitchen.blogspot.com

    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...